Permata 38
Daripada Abi Hurairah ra,
daripada rasulullah saw bersabda: Api
kamu hanya satu juzuk daripada tujuh puluh juzuk daripada api neraka jahanam.
Ditanya hai rasulullah : Jika ini sudah memadai? Sabda baginda : Ditambah ke
atasnya dengan enam puluh sembilan juzuk. Semuanya seumpama kepanasannya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara Hikmah :
a) Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah
kepada sesama manusia, padamkan semua api permusuhanan, berdamailah dengan
musuh dan perbanyakkanlah teman.
b) Tuluskan tauhid anda untuk Allah SWT agar hati terbuka. Sejernih mana
tauhid anda, maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan anda.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment