Friday, April 22, 2016

Ipad

The idea of a tablet computer is not new.Science fiction movies in the 1960s has featured various types of tablet computers. Newton MessagePad 100 was the first tablet computer from Apple Inc.Many companies tried to set the tablet computer before the iPad was invented but these resulted in failure. Why did the iPad then succeed when others had failed previously?

The key person behind the invention of the iPad was Steve Jobs, co-founder of Apple Inc. He was a person who believed that a product must be of the highest quality and with simplicity in usage. The iPad succeeded because it proved to be very user friendly. You can use your fingers to click, to scroll, and to make web pages bigger or smaller. useful for the general consumers. With the support of many popular apps such as games, communication tools and media file players, the iPac became rhe big hit it is today.

Food for Thought :

You may have a great idea but the right technology and timing is needed to make it a success.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 29-30

Sejarah Sains

 Sains moden yang lahir daripada tamadun barat itu bukan \lah suatu yang baru dan wujud tersendiri. Ia merupakan rantaian perkembangan sejak zaman  dahulu daripada sains tamadun Mesir Purba, Yunani, India, China, Islam sehinggalah kepada zaman pertengahan di Eropah. Walau bagaimanapun setiap tamadun tersebut mempunyai ciri-ciri khusus dari segi bentuk dan falsafah.

Sains moden berbeza daripada sains zaman pertengahan dan juga daripada sains Islam dari segi falsafahnya. Sains moden tidak meletakkan ketuhanan sebagai sumber utama pemikiran, tetapi sebaliknya meletakkan akal manusia sebagai pusat yang menjadikan penentu segala-galanya. Akhirnya sains moden menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran semata-mata dan tidak memerlukan pertolongan daripada Tuhan. Falsafah sains sebegini menjadi pegangan sebahagian besar ahli sains hari ini khasnya di Barat.

Kebanyakan sarjana Islam pada zaman kegemilangan, bermula dengan pengajian agama sebagai ilmu asas, seterusnya mempelajari dan menerokai ilmu-ilmu sains kemudiannya. Ibn Sina yang dikenali sebagai ahli falsafah, juga merupakan pakar perubatan serta ahli sains. Beliau telah menghafal al-Quran sejak berusia sepuluh tahun. Begitu juga dengan sarjana Kristian pada zaman pertengahan, dari segi pendidikannya juga telah menerima pendidikan di biara. Copernicus pada mulanya belajar untuk menjadi ahli gereja yang unggul, tetapi kemudiannya terkenal sebagai ahli astronomi.

Antara tamadun besar manusia yang telah menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan sains ialah Tamadun Mesir Purba,Tamadun Yunani, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Islam, Tamadun Eropah, Zaman Pertengahan, Tamadun Eropah Renaissance dan Zaman Revolusi Sains hinggalah ke hari ini.

Wallahu a’lam.

Modul 1 Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)                                                                                                                                                  PPK, KPM April 1999, ms 3

Kerana sukarnya memetik buah ikhlas di dusun jiwa

Aku kembali pada
malam yang dibancuh pekat
dusun jiwa yang dipenjara
bintang mengerdip di langit

Argh, betapa sukarnya
memetik buah keikhlasan
dari pohon kesombongan
yang tinggi membongkak!

O Tuhan
yang kupohon hanya
segigit manis ranum
buah keikhlasan
tertanam dari benih
di tanah kerendahan

Di dusun jiwa ini
kerana sukarnya memetik
buah ikhlas di dusun jiwa:
cukuplah aku
semut hitam dan
semut hitam – aku,
kecil penuh legam
bekerja walau lewat malam
injit-injit semut di celahan
batu hitam

Tak nampak siapa akan semut
tidak sedikit kerja terbantut.

Khairil Idham Ismail
Desa Pinggiran Putra
Mingguan Malaysia
10 Apr 2016

Wednesday, April 20, 2016

Instant Noodles

After the Second World War, the Japanese and their  country were poor. Food could only be bought from the black market as people had no food to eat. In order to eat a bowl of hot ramen, a kind of noodles popular in Japan, sometimes they had to queue up the whole day in front of ramen shops. Mr Andou had an idea – he decided to create a type of ramen that could be eaten instantly so that people would not have to queue up and wait for it. Hence, this led to the creation of instant noodles in Mr Andou’s tiny old hut.

Let us look at the story behind the creation of instant noodles.

Mr Andou thought that a good bowl of ramen should he tasty safe, simple, and long-lasting. Howewver, how would he make that possible? He tried many different methods but was unable to achieve an ideal outcome.

One day, he saw his wife frying food in the kitchen. Instantly, he came up with the idea of deeo-fried noodles. Once the noodles were fried, boiling water was poured on it, and the noodles became soft as before. This was how instant noodles  wew invented. As for the ramen’s soup base, it was also invented unexpectedly. One  day, while Mr Andou was slaughtering chickens at home, a little chicken blood splattered on his son’s body. Simce then, his sonavoided eating any chicken-related dishes, except for ramen with a chickenbone soup base, which he loved. Hence Mr Andou decided to name his invention the chicken bone soup ramen and marketed it as such. Half a year later, instant noodles became a fast-selling food item.

In 1970, the market for instant noodles in Japann became saturated. However, Mr Andou managef to overcome this by expanding his business to other countries.

Through his observation, he realized that the Westerners were not comfortable eating a big bowl of ramen with chopsticks. To overcome this problem, Mr Andou creatively repackaged his instant noodles into smaller disposable paper cups that included a firk,. This is how the idea of the cup noodles was born and has since benefited us all.

Food for Thought :

There is a saying that change is a constant in our lives. With change comes our efforts to find solutions to our common human needs.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015

Apakah itu Sains


Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaan berbanding dengan disiplin ilmu yang lain. Sains boleh ditakrifkan dari berbagai perspektif. Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap fenomena alam semulajadi. Sains bermatlamat untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena semulajadi.

John Ziman (1984), seorang ahli sejarah sains telah memberikan takrif sains yang berlainan mengikut aspek tertentu. Jika sains ditakrifkan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah, ia memainkan peranan sebagai alat yang berhubung rapat dengan teknologi. Jika sains ditakrifkan sebagai pengetahuan yang terancang ia memperlihatkan ciri keilmiahan yang mana fenomena alam yang dikaji dan ditemui melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku atau jurnal untuk bacaan umum. Pengetahuan ini mempunyai pengaruh yang kuat melalui penggunaaannya dalam teknologi.

Dari aspek falsafah, tradisi sains menekankan kepada prosedur sains yang bersistem dalam menjalankan penyiasatan seperti membuat hipotesis, menjalankan eksperimen, menganalisis dan mentafsirkan maklumat, membuat kesimpulan dan membuat teori. Sains juga boleh dilihat dari aspek vokasional yang mana ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan dalam masa lapang melalui kebolehan serta minat mereka. Cain (1990), melihat sains sebagai terdiri daripada empat komponen iaitu hasil atau kandungan, proses atau kaedah, sikap dan teknologi. Sebarang program pendidikan sains seharusnyalah mencakupi kesemua komponen itu.

Wallahu a’lam.

Modul 1 Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)                                                                                      PPK, KPM April 1999, ms 2-3

Gurindam kuasa dan penguasa

Kuasa yang disertai takwa
bisa memberikan rasa bahagia

Kuasa dengan reda Allah
bisa membuka lorong rahmah

penguasa yang mengatur keadilan
di Mizan Allah kelak mendapat kecukupan

Penguasa yang hidup zuhud
bisa membersihkan hati pengikut

Penguasa yang tidak bermewah-mewah
di dunia barakah di akhirat tidak ‘kan goyah

Penguasa bertindak amanah
tiadalah rakyat berasa gundah
 
Penguasa berakal dan bijaksana
kampong dan negeri nescaya terpelihara

Penguasa telus, tulus dan ikhlas
nasib Negara tidak akan terbabas

Kuasa terlaksana berdasarkan sunnah
tiada tergelincir ke jalan salah

Kuasa tidak dianggap hak
terpelihara di bawah maghfirah al-Haq

Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016

Kita hambaNya, segala perkara memberi makna


AllahumaYa Allah, Allahuma Ya Rahman, Allahuma Ya Rahim

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang sentiasa mendengar permohonan hamba walau sebanyak mana dosa yang kami pikul ya Allah. Wahai Tuhan yang tidak pernah memperkirakan akan dosa kerana ampunMu dan luasnya rahmatMu itu Ya Allah.

Ya Allah, cucurkan buat kami rahmatMu dan keampunan daripadaMu Ya Allah. Jadikanlah hati-hati kami sayang dan cinta kepadaMu ya Allah. memahami akan rasulMu Ya Allah.

Ya Allah pada kesempatan ini ya Allah kami berdoa dan memberikan Ya Allah perharapan agar Engkau memberikan kemuliaan kepada seluruh  guru-guru Ya Allah dan para ulamak yang sejak daripada zaman berzaman ya Allah mengorbankan diri mereka untuk menyampaikan agama sehingga kami dapat agama itu hari ini Ya Allah.

Wahai Tuhan kami, lantas kau campakkanlah dalam hati-hati kami ini pula Ya Allah kesedaran untuk bangkit untuk mengamalkan agama ini dengan sebaik-baik mungkin Ya Allah. Dan untuk kami memberi khidmat balik kepada  agama ini dengan sebaik mungkin ya Allah agar nanti saat Engkau tanya kami di hari akhirat, apakah yang pernah dibuat untuk agama ini? Ada jawapan yang kami berikan kepadaMu ya Allah.

Ya Hannan Ya Mannan Ya Dzal Jalal iwal-Ikram

Jadilah kami orang yang sentiasa pemurah untuk memberikan harta kami untuk agama ini ya Allah. Jadilah kami orang yang pemurah untuk  memberi masa-masa kami untuk agama ini ya Allah. Jadikanlah kami orang-orang yang pemurah buat kami untuk memberikan tenaga kami buat agama ini ya Allah, sehingga syi’arnya terangkat ya Allah, hikmah daripadanya terangkat ya Allah, hukum hakam daripadanya terlaksana ya Allah. Kerana seandainya tidak ada  orang yang sanggup memberi ya Allah, maka tidak adalah pada saat itu Islam ini akan terbela.

Ya Hannan Ya Mannan Ya Dzal Jalal iwal-Ikram

Pada kesempatan yang penuh dengan berkah ini ya Allah. para hamba ini sedang menadah tangan ya Allah agar diampunkan dosa ayah dan ibu-ibu kami. Ampunkanlah dosa ayah-ayah dan ibu-ibu kami ya Allah. Rahmati dan selamatkanlah mereka Ya Allah.
Ya Allah buat ayah yang telah bermusafir di alam barzah ya Allah berilah kesejahteraan buat mereka ya Allah . Ibu yang bermusafir di alam barzah, berikan kesejahteraan buat mereka ya Allah. Engkau rangkumkanlah mereka dan kumpulkan mereka ya Allah bersama-sama para kekasihMu ya Allah.

Wahai Tuhan yang mendengar permohonan, Wahai Tuhan kami , akan datang  satu saat dalam hidup nanti ya Allah.  akan datang satu masa nanti Ya Allah kami tidak mampu berdoa seperti ini lagi ya Allah  kerana saat itu kami telah pun menjadi ahli kubur ya Allah. Jagalah maruah kami ya Allah. Tolonglah kami saat itu ya Allah, kerana sesungguhnya tidak ada penolong buat kami melainkan hanya Engkau Ya Allah. Tolonglah kami disaat kami telah menjadi ahli kubor.Ya Allah. Tutuplah keaiban kami, peliharalah maruah kami ya Allah. berilah kebaikan buat kami ya Allah. Jadikanlah dia taman daripada taman-taman syurga ya Allah dan jangan Engkau menjadikan ia  kawah daripada kawah-kawah neraka yang maha dashyat.

Aameen.

Ust Zul Ramli M. Rozali
Usrah Nurani. radio ikim fm
15 April 2016

Sunday, April 17, 2016

Helmet

Since the early Spring and Autumn Period and the Warring States Period of China, helmets were already in existence. As weapons became more advanced, so did the materials that were used in producing modern military helmets.ard about this.
In 1914, General Adrian went to a hospital to visit soldiers that were injured during the war. One soldier who was hit told him, I was in the kitchenpreparing a meal when the German soldiers fired at us, I held tight to a wok to shield my head. Many were shot dead, but I escaped with only a few scratches.

Adrian was pleased when he heard about this. He summoned a soldier immediately to look for that broken wok. He then formed a special task force and created the modern combat helmet named the Adrian Helmet. The helmet helped reduce between 2 to 5% of casualties in subsequent wars.

The modern helmet not only protects against bomb fragments, but also agains weather, chemical weapons, earthquakes and other natural or man made disasters.

Food for Thought :

Inventions resulting from problem solving  processes create convenience for people; bring huge business opportunities to entrepreneurs and even save lives!

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 26

Mengenal Sains

Pendahuluan

Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberaps tamadun manusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup  mereka. 

Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat, peranan sains menjadi lebih kompleks dan kadang kala boleh menimbulkan kesan negatif. Petunjuk kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada perkembangan  sains dan teknologi. Justeru itu program pendidikan sains dan teknologi adalah penting dan perlu diberi penekanan yang sewajarnya bagi melahirkan warganegara seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Wallahu a’lam.


Modul 1 Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)                                                                                                                                                  PPK, KPM April 1999, ms 2

Prinsip sekolah

This is my school
My school is composed of people like me
It will be friendly, if I am friendly
It will be caring, if I am caring
It will be generous, if I am generous
It will be active, if I am active
It will be great in spirit, if I am great in spirit
It will serve God, If I serve God
This is my school!

Wallahu a'lam.

Amalan-amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan
Sekolah Menengah Malaysia

Institut Aminuddin Baki, KPM,2005

Sajak kepada pengebom berani mati


Bagaimanakah saudara
naik ke sidratul muntaha
dengan  tangan mengenggam
picu bahan letupan
berdiri di depan tuhan
dalam genangan darah
orang-orang tak bersalah

waktu saudara menjerkah
namaNya yang maha suci
itulah kali pertama barangkali
tukang jaga kaunter di Brussel
atau pelancong Yahudi di Taksim
mendengarnya dengan telinga
sendiri
tapi mereka tak sempat bertanya
lanjut
letupan dari tubuh saudara bikin
mereka tuli
silauan cahaya membutakan mata
sebelum mereka mati
tapi saudara
itu bukanlah cahaya Ilahi

bagaimanakah audara
masuk berjumpa Tuhan
meninggalkan mereka
dan menyorokkan kunci
dalam satu baju
sedang rumah tuhan tak berpintu.

Faisal Mat Zawi
Bangalore, India
Berita Mingguan
10 Apr 2016

Al-Hasib


Asma Ul-Husna 41

Al-Hasib ertinya Allah Maha Mencukupi, yang Maha Menghisab atau Maha Membuat Perhitungan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)
(Al-Ahzab:39)

Maha Mencukupi dan Maha Menghisab

Al-Hasib adalah salah satu sifat-sifat Allah. Sifat ini sering dihuraikan sebagai Zat yang mengganjar. Maknanya dapat dipahami sebagai Zat yang menyediakan secara memadai, yang mengabulkan apa sahaja keperluan hambaNya. Dialah Penguasa yang kepadaNya segala sesuatu bersandar. Tidak ada hasib lain selainNya dan semua makhlukNya memerlukan pertolonganNya.

Al-Hasib adalah Zat yang kepadaNya segala sesuatu yang mulia dirujukkan dan di sisiNya setiap kejayaan berakhir. Dia menyeru hamba-hambaNya untuk menghitung dan mempertimbang perbuatan-perbuatan mereka, yang menguji orang-orang yang mematuhiNya dan mengganjar mereka atas ketaatannya itu.

Segala sesuatu terkait satu sama lain dan di akhirnya mereka semua terpaut dengan Allah. Apabila kita memandang jagat raya yang besar ini, kita akan menyimpulkan bahawa ada sistem penghitungan yang amat kompleks atasnya yang begitu menakjubkan. Allah yang menjadikan semuanya dalam perhitungan yang indah dan sesuai dengan kebesarannya yang Maha Mengitung.

Sifat manusia yang keempatpuluh satu ialah menghitung diri dan kebesaran Allah

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempatpuluh satu dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menghitung diri sendiri dan kebesaran Allah untuk menjadi renungan bagi meningkatkan kualiti iman dan takwa kita di sisi Allah swt.

Apabila seorang memikirkan dirinya, ia takkan pernah mampu  menghitung selain amat sedikit. Bagaimana mungkin kita dapat menghitung sedangkan jumlah rambut kita sahaja kita tidak pernah menghitungnya dengan tepat dan benar walaupun menggunakan ilmu aritmetika atau matematik sekalipun.

Oleh itu rasulullah saw pernah menegaskan: Hisablah dirimu sebelum engkau sendiri dihisab.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

Saturday, April 16, 2016

Handkerchiefs

How can one be creative with handkerchiefs and create commercial value from it?

In Tokyo, Japan, shops are everywhere to be seen. Their existence is often associated with their own unique way of doing business. There was one shop, ran by an old couple, which sold only handkerchiefs. At that time, handkerchiefs sold in supermarket were of a variety of attractive colours and designs. The couple found it hard to beat the competition, and this threatened their business and made them very worried.

One day, the husband was sitting in front of the shop looking at people passing by. Facing those pedestrians who were wearing colourful clothes, he suddenly had an idea and he mumbled. Tour guide maps, we can print tour guide map!. The wife was shocked and said, Are we changing business? The old man explained, No, no, we can print pictures of flowers, birds and waters on handkerchiefs, but why can’t we print maps? Handkerchiefs with a dual purpose will definitely attract visitors! Hence, the old couple immediately requested their printing factory to print some of Tokyo’s road maps and interesting places on their handkerchiefs and business was indeed good. Hey managed to survive.

Food for Thought :

Innovations are the result of meeting needs and solving problems. Observation and careful consideration will often lead us to innovative ideas that will help us in overcoming difficulties.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 25

Sebilah pedang keimanan

Sebilah pedang keimanan
yang diasah fikrah ilmu
tajamnya membelah kejahilan
membunuh ribuan musuh
yang berkubang di lembah nafsu.

Terokailah rimba kehidupan ini
dengan sebilah pedang keimanan
menebas belukar kedaifan
merintis lalang kesia-sian
yang meliar tanpa pedoman

Sesudah terbentang peta laluan
berjalanlah pada lurus iktikad
menuju luas perkebunan maknawi
yang terang disuluh nurani
mengutip mutiara hikmah
disejadah alamiah

Dirikanlah tiang agama
bertunjang tauhid dan akidah
membina kerangka istiqamah
menjadi madrasah takwa
erti hidup yang hakiki
mengabdi diri pada Ilahi.

Sani La Bise
WP Labuan
Berita Harian
10 April 2016

Al-Muqit

Asma Ul-Husna 40
 
Al-Muqit ertinya Allah Maha Pemberi Keperluan, yang Menjadikan makanan dan yang Maha Pemelihara sebagaimana firmanNya bermaksud:

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa: 85)

Maha Pemberi Keperluan

Al-Muqit berasal dari akar kata benda qut (makanan), makanan yang memenuhi keperluan tubuh manusia. Ibn ’Abbas telah meriwayatkan bahawa al-Muqit adalah al-Muqtadir, yang Maha Berkuasa.

Al-Muqit menciptakan semua makhluk berikut rezeki mereka. Dia menyediakan jalan-jalan bagi mereka untuk  mendapatkan akses ke arah rezeki tersebut. Dia telah menjadikan jalan-jalan bagi mereka mudah diakses apa yang perlu dan apa yang berlebihan. Dia memberi rezeki pada tubuh dan jiwa. Dia telah bersumpah pada DiriNya sendiri untuk memberi rezeki pada ciptaanNya.

Al-Muqit mendengar doa-doa diam dan menjawabnya serta mengetahui penderitaan (yang dialami) dan menghilangkannya.Al-Muqit juga mempunyai pengertian yang sama sebagaimana pengerian al-Hafiz, Maha Pemelihara. Jadi, Dia memelihara dan memberi makan semua makhluk hidup.

Al-Muqit memberi rezeki kepada hati dengan ilmu sehingga Dia adalah ar-Razzaq. Namun dalam cara yang lebih luas, rezeki itu bukan hanya mencakupi makanan yang menghidupkan tubuh seseorang, melainkan semua fasilita termasuk keimanan, adalah juga termasuk rezeki.

Sifat manusia yang keempatpuluh ialah mencukupkan keperluan

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempat puluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mencukupkan diri pada keperluan yang sewajarnya iaitu hidup secara qana’ah (sesuai dengan rezeki kita).

Salah satu adab mulia yang diilhami oleh sifat ini adalah bahawa ketika makanan dibawakan kepada anda, anda mesti mengetahui al-Muqit yang rezekiNya sangat besar dan serba mencukupi, yang melalui kemuliaanNya anda disediakan makanan. Pengetahuan seumpama ini akan menjadi sebab cahaya sifat ini mengangat anda secara kerohanian. Kemudian Tuhan menjadikan anda rumah penyimpan kekayaan bagi hamba-hambaNya, memudahkan anda untuk memberi rezeki kepada yang lain, mengajari mereka ilmu dan membimbing mereka kepada yang Maha Memberi rezeki.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 95-97

Friday, April 15, 2016

Hair Dryer

A hair dryer is a gadget used to dry wet hair. It functions by blowing hot air or cool air that causes the water in our hair to evaporate and therefore dries the hair. The dryer is an electromachanical gadget that utilises the technology taken from a combination of electrical and mechanical engineering.

Hair dryers are usually used to dry wet hair but they are also used to create more volume and to style the hair which can be futher improved by using hairstyling products like hair sprays and by using hair brushes during the drying process to add tension and lift to the hair.

The vacuum cleaner was used to dry the   hair before hair dryers were invented . In 1890, Alexander Godefroy invented the hair dryer bassed on the idea taken from vacuum cleaners. However, his hair dryer was not a hard-held one. His hair dryer was used in his hair salon by having the person seated under a hard plastic, dome that was fitted over the person’s head with hot air blowing through tiny holes in the dome.

Gabriel Kazanjian, who is an inventor from America, submitted a patent for the first hair dryer in 1911, The handheld version of the hair dryer was first marketed in 1915 but the hair dryers at that time were heavy with the tendency to overheat. In 1920, the first handheld household hairdryer was invented. With better electrical motors and improvement of plastics in the 1960s, hair dryers became lighter and safer. Many electrical companies today produce good hair dryers that are more portable, safer and lighter.

Food for Thought :

The vacuum cleaner inspired the invention of the hair dryer. Sometimes innovative ideas arise from studying things that we use every day but we find ways to think about how to improve and make things better for others uses.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 23-24

Dari luar diri


Dari luar diri
kupandang bunga rupaku indah dan menawan
lalu seluas dunia diriku kupuja
 
Dari luar diri
kunampak tandak tingkahku cantik dan sopan
lalu sedalam lautan diriku kukagumi

Dari luar diri
kulihat pohon bakatku rimbun dan hebat
lalu setinggi langit diriku kuangkat

Dari dalam diri
kupandang diriku dengan cermin hakikat
bunga rupaku layu dan hodoh
tandak tingkahku buruk dan sumbang
pohon bakatku luruh dan tumbang
kerana segalanya adalah milikMu
Tuhan yang maha memiliki

Kini kukenali isiku
setelah sekian lama memuja kulitku

ABIZAI
Sinar Benar
DBP, 2011

Al-Hafiz

Asma Ul-Husna 39

Al-Hafiz ertinya Allah Maha Pelindung atau yang Maha Memelihara sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan Dan (ingatlah) Tuhanmu Maha Memelihara (mengawal serta mengawasi) tiap-tiap sesuatu.
(Saba: 21)

Maha Memelihara atau Maha Pelindung

Al-Hafiz berasal dari akar kata if, ertinya melindungi seseorang atau sesuatu. Lawannya adalah sahu,kelalaian, kealphaan atau kesilapan. Kaum perempuan yang melindungi kekayaan suami mereka ketika sedang tiada di rumah dijelaskan dalam al-quran suci sebagai hafizhatin lil ghaib. Suatu buku disebut afi kerana kandungannya melindungi catatan-catatan perbuatan dan perkataan dari kehilangannya (dari ingatan manusia dan lain-lain).

Al-Hafiz sangat memelihara segala sesuatu yang ada, yang melindungi unsur-unsur yang berlawanan yang saling mencakupi satu sama lain seperti apa yang panas dan apa yang dingin, apa yang lembab dan apa yang kering, kualiti-kualiti yang telah Allah ciptakan, menjadikan mereka melekat dalam penciptaan kita, juga dalam penciptaan semua haiwan dan tumbuhan.

Ketika kita mengatakan bahawa Allah  adalah al-Hafiz bermakna Allah Maha Kuasa memelihara segala sesuatu dengan kemahiran yang tidak dapat diungkapkan dan tidak pernah menyalahi ataupun disentuh oleh sebarang kelupaan dan kelalaian. al-Hafiz juga bermakna menjaga segala sesuatu dari kehilangan atau kerosakan.

Sifar manusia yang ketigapuluh sembilan ialah memelihara dan melindungi

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketiga puluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah memelihara dan melindungi kedudukan kita sebagai muslim di sisi Allah swt.

Siapa pun yang merenungkan makna al-Hafiz dan merindukanNya dengan sepenuh hati adalah orang yang hatinya dipenuhi perasaan cinta kepada Allah dan menyakini sepenuhnya bahawa Allah Maha Memelihara dan Maha Melindungi dirinya daripada azabNya

Oleh itu, orang yang merindukan al-Hafiz hendaklah memiliki kekuatan dalam memelihara dan menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan dosa, melindungi hatinya daripada dorongan-dorongan hawa nafsu yang jahat.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 93-94

Thursday, April 14, 2016

Google

Today, Google is the largest search engine in the world where people from all over can share the pool ofknowledge in thr internet by a few simple clicks. It all began in 1996 when two students from Stanford University, Larry Page and Sergey Brin, worked on their research  project. At first, the project was meant to serve a software to assist users in retrieving information, but it soon became much more than that.

The Internet at that time allowed millions of people to gain access to it. With all the information the Internet provided, it was like a messy shelf full of books. Page and Brin realized that the web pages with the most links to them from other pages were more relevant for the search. This is how they eventually proritized Google searches.

Today, you will often hear people say It’s alright, I will just Google it. This is because it has proven to be the fastest way to search for information. The corporation has since diversified to more than just a search engine. It has become one of the more profitaable corporations in the world.

Food for Thought :

Easy eccess to information is important as it creates business opportunities while providing convenience to people at large.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 22

Mati

Mati  itu tentu pasti
hidup itu mujur rezki

Orang susah merempat,kuli,abdi……
…..mati
raja, permaisuri, hartawan,
menteri…….
………..mati.

takut mati…..mati
berani pun ……mati

Tapi kalau takut mati…..
dia mati sebelum mati
diperlakukan orang bak boneka tuli
ditolak ke sana sini
dipandang sepi tak diperduli

Orang berani mati……
mana pergi digeruni
walau sudah mati
dia seperti hidup lagi
disanjung dan diingati
pembakar semangat orang berbakti.

Bagi pendita sufi
istilah mati sebelum mati
memberi lain erti
hanya padaNya tertumpu bakti
roh kembali ke langit sakti
pada dunia dipandang sepi

Dalam hidup ini
yang paling dahsyat ialah mati
bagi mereka yang tak takut mati
takkan takut apa-apa lagi.

Hidup paling sengsara kita mati
tapi….sengsara sesudah mati
kita tak dapat hidup lagi
sengsara yang abadi.

Dari hidup mewah dalam keji
lebih baik sengsara hingga mati
tapi diredhai Ilahi Robbi
dibalasNya nanti nikmat  abadi.

Bagi orang yang mengikhlaskan mati
memperjuangkan ugama yang Maha Tinggi
kekal hidup di Syurga Firdausi
jasad tak hancur harum mewangi.

Untuk hidup kekal abadi
aku rindu ternanti-nanti
segugus peluru menjemputku pergi
ke sisiNya yang hidup tak mati-mati.

spu69sp#
Hulu Kinta
Mingguan Malaysia
10 April 2016

Al-Kabir

Asma Ul-Husna 38

Al-Kabir ertinya Allah Maha Besar atau Allah memiliki Kebesaran yang Maha Besar sebagaimana firmanNya bermaksud:

Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran, dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya lagi Maha Besar kekuasaanNya.
(Saba’: 23)

Maha Besar dan Memiliki Kebesaran

Al-Kabir adalah Maha Besar, Agung dan Maha Mulia namaNya, lebih besar daripada segala sesuatu dan setiap orang dan Dialah Zat Maha Agung Mutlak, Zat yang besar lantaran kebaikanNya sendiri dalam sifat-sifat dan perbuatanNya, jauh dari keserupaan dengan makhluk-makhlukNya.

Al-Kabir adalah Zat yang memiliki semua kesempurnaan, kebesaran, kehormatan dan keagungan. Dia di atas gambaran dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya. Dia terlalu besar untuk dilukiskan ataupun dipahami.

Asma ul-husna ke-38 ini dapat dibahagi kepada tiga kalimat yang sama iaitu:
  1. Al-Kabir
  2. Al-Mutakabbir
  3. Al-Akbar

AllahuAkbar yang biasa kita laungkan semasa solat lima waktu adalah suatu ungkapan yang berasal dari al-Kabir yang diucapkan untuk mengawali solat, ketika waktu rukuk, sujud atau berdiri (qiyam). Ucapan ini disebut takbir iaitu pengagungan terhadap kebesaran Allah swt.

Sifat manusia yang ketigapuluh lapan ialah membesarkan Allah

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh lapan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah membesarkan Allah dalam setiap aktiviti mahupun ibadat.

Takbir diperlukan dalam beberapa kesempatan seperti azan, iqamah, solat lima waktu, hari raya, solat jenazah, ketika melihat Kaabah, melempar jumrah (ketika beribadah haji) dan ketika berjihad (perang fi sabilillah). Rasulullah saw kerap mengawali segala sesuatu yang penting dengan ucapan Takbir (AllahuAkbar) selain Bismillah.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 91-92

Wednesday, April 13, 2016

Glass

About 4,000 years ago, an Egyptian ship carrying baking soda sailed in the Mediterranean Sea. The hot and humid weather was not suitable for the soda as a small mistake could make the soda redundant.

One day, the ship faced some problems and the captain had no choice but to order the ship to stop sailing. All the crew members got off the ship and headed towards the seashore. The camped at the seashore while waiting for assistance to arrive to repair the ship.As the crew members were unable to find any suitable stones to hold the cooking pots in place (to cook), one of them used the soda stones from the ship to act as a stand and started cooking.

Once the ship was fixed, the crew started to pack everthing and prepared to continue sailing. As they were doing so, they found something shiny on the shore where they had prepared their food. They were puzzled about these shiny items and decided to brig them back to Egypt. Upon arriving in Egypt, they asked some experienced craftsmen to examine the item. After listening to what had happened at the shore, one of the craftsmen tried to mix the soda and sand together and melted these elements at a high temperature. Once the mixture had cooled down, it became glass.

Food for Thought :

Inventions are not difficult at all. One has to be more observant. With a creative imagination. Great ideas can arise in crating new products or services.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 21

Air Tangan

Ada sebuah rumah
tangga ilmunya bertingkat
di dapur isteri ramah
di situ suami melekat

Ada sebuah kamar
katilnya wangi bercadar
di dinding gambar bersanding
dua puluh lima tahun lalu
masih berbau bedak pelamin.

Di ruang kanan bilik rehat
ada almari buku
seperti anak-anak berkumpul
berkongsi dan alami
pengalaman ibu ayah
menemui hari-hari indah.

Di hatinya bagai air tangan
yang menyejukkan suasana
tiada yang menegang di rumah
tangga tersusun sepatu kasih
yang mengapungkan
ikatan sebuah keluarga.

Abdul Hadi Yusoff
Kota Bharu Kelantan
Mingguan Malaysia
3 Apr 2016

Al-Aliyy

Asma Ul-Husna 37
 
Al-’Aliyy ertinya Allah Maha Tinggi MartabatNya atau yang mempunyai Martabat  Maha Tinggi

Segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Al-Hajj:62)

Maha Tinggi MartabatNya

Al-’Aliyy adalah salah satu sifat Allah yang berasal dari kata ’uluww,ertinya tinggi. keagungan atau ketinggian. Tinggi di sini merujuk pada kedudukan. Al-’Aliyy adalah yang Maha Tinggi, sehingga yang Maha Tinggi tidak pernah dapat dibayangkan atau, digambarkan. Akal kebingungan berkenaan dengan kebesaranNya, juga tidak sanggup melukiskan kesempurnaanNya. Menurut al-Mufradat, orang yang ’aliyy adalah orang yang terkemuka, seorang yang memiliki keutamaan. Ketika dikaitkan kepada yang Maha Kuasa, sebagaimana merujuk kepada surah al-Haj ayat 62 di atas, pengertian yang muncul adalah bahawa Dia di atas penggambaran siapapun atau yang sesungguhnya diketahui oleh siapapun, dan Dia di atas apa yang dikatakan siapapun tentangNya.

Dialah Zat yang kedudukanNya tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya. Segala sesuatu di alam di bawah pengendalianNya.

Zat yang al-’Aliyy jauh untuk dibayangkan oleh akal manapun dan sifat-sifatNya terlalu besar untuk dihuraikan. Dialah Zat yang keagunganNya membingungkan setiap orang dan dalam mencuba mengetahui rahsiaNya akal gagal menjejakiNya.

Sifat manusia yang ketigapuluh tujuh ialah rendah hati

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh tujuh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah rendah hati dan meninggikan diri.

Di antara adab mulia seorang mukmin adalah kerendah hatian dan ketundukan di hadapan Allah yang Maha Kuasa.

Al-Qusyairi (seorang tokoh sufi penulis Risalah al-Qusyairi) telah melaporkan perkataan bahawa Allah mewahyukan kepada Musa as untuk naik ke sebuah gunung sehingga Dia akan mewahyu kepadanya. Di sana setiap gunung berlumba-lumba dengan yang lainnya dengan harapan menjadi gunung yang dekat di mana wahyu Ilahi akan turun. Gunung Sinai memandang dengan rendah hati dengan mengatakan: Sejak bila aku layak mendapatkan kehormatan menjadi tempat mulia di sisi Musa ketika diajak bicara oleh Tuhannya? Dengan alasan ini, Allah mewahyukan kepada Musa untuk mendekati Gunung Sinai kerana kerendah hatian Gunung Sinai.

Menurut al-Asma ’wa al-Shifat, di mana sebuah hadis qudsi dikutip, ketika malam Israk (perjalanan malam ke Jerusalem) rasulullah mendengar gema suara tasbih di langit tinggi yang berbunyi: Subhana al-’Aliyy al-A’la, Subhanahu wa Ta’ala ( Maha Suci Yang Maha Tinggi, Maha Suci Dia dan Maha Tinggi)

Iyas bin Salmah telah menukil perkataan ayahnya bahawa ia telah mendengar rasulullah saw memulai setiap doanya dengan mengatakan: Subhana al-A’la al-Wahhab ( Maha Suci Yang Maha Tinggi, Yang Maha Pemberi)

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 88-90