Friday, February 6, 2015

Prinsip-prinsip jawapan dalam berucap



Gunakan prinsip ABCDEFGHIJ :

A: Appreciate. Hargai soalan dan si penyoal. Anda perlu memberi jawapan yang mengandungi fakta. Pastikan fakta tepat,terutama bagi soalan jenis fakta.

B: Brief. Jawapan anda perlu ringkas. Jangan jadikan jawapan itu satu lagi ucapan.

C: Concise, Correct, Clear, Cool, Control. Pastikan jawapan yang diberikan bukan sahaja tepat tetapi padat dan jelas. Meskipun demikian tidaklah sampai terlalu ringkas. Bersikap tenang dan elakkan daripada dikuasai emosi. Walau bagaimana kejam pun soalan, anda perlu bersikap tenang dan mengawal emosi anda. Jika soalan kurang jelas, minta si penyoal menjelaskannya atau anda bantu menjelaskannya kepada khalayak dengan memprafrasakannya. Selain itu, kawal juga tempoh sesi soal jawab; jangan sampai berlarutan.

D: Direct to the point.Jawapan perlu langsung dan bukannya bertele-tele, apatah lagi jika banyak yang hendak menyoal. Peserta tidak mahu jawapan yang panjang lebar.

E: Effective, Easy. Pastikan jawapan disampaikan dengan berkesan dan mudah difahami oleh khalayak. Gunakan bahasa yang mudah

F: Fair, Focus. Fokus kepada soalan. Jawap apa-apa yang relevan dan bukannya menyeleweng daripada kehendak. Pastikan jawapan adalah objektif.

G: Good taste. Walau bagaimana kasar pun bahasa yang digunakan oleh si penyoal, anda perlu bertenang. Gunakan bahasa yang bersopan. Puji si penyoal dengan kata-kata seperti : Itu soaltujuan an yang menarik atau satu soalan yang baik. Perlihatkan peribadi dan perwatakan positif meskipun diserang melalui ucapan. Ingat, bahawa tujuan anda adalah untuk menjelaskan pendapat atau mempertahankan hujah dan pendirian anda. Jika penyoal menyerang anda, bertenang agar anda dapat berfikir dan bercakap dengan jelas. Jika tidak, kredibiliti anda mungkin terpukul teruk.

H: Honest. Jawab dengan jujur. Jika anda tidak tahu jawapannya, katakan demikan. Khalayak akan lebih menghargai keikhlasan anda daripada anda cuba mencari helah atau menyembunyikan hakikat bahawa sebenarnya anda tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Minta pandangan orang lain dalam khalayak. Mungkin mereka dapat menjawabnya. Mungkin anda boleh berjanji untuk menjawab kemudian. Minta e-mail atau nombor telefon. Pastikan anda menunaikan janji.

I: Interject, Informative – Mencelah jika soalan yang dikemukakan terlaku panjang dan berbelit-belit dan lebih sebagai satu lagi ucapan. Jangan benarkan sesiapa pun berucap. Beri peluang kepada sebanyak mungkin peserta mengemukakan soalan. Soalan hendaklah padat, ringkas dan langsung kepada soalan. Jawapan yang diberi perlu informatif sifatnya. Biar jawapan itu membantu si penyoal untuk lebih memahami isu yang dibangkitkan.

J: Jot down – Jika perlu catatkan komen atau soalan. Catatkan nama si penanya.

Hakikatnya, anda perlu berhati-hati menjawab soalan yang dikemukan khalayak. Memang ada soalan yang ikhlas, manakala ada juga yang cuba menguji pengetahuan dan dilontarkan untuk memprovokasi anda. Jangan sampai Anda terperangkap. Mohon maaf jika anda tidak dapat menjawab soalan itu. Itulah sebabnya anda disyorkan agar membuat rujukan dan penyelidikan yang mendalam sebelum turun ke gelanggang. Tidak ada sebab anda tidak dapat menjawab jika pembacaan dan pengalaman anda luas.

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

No comments:

Post a Comment