(Membela
nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam)
Senang
sekali kau tuduh orang lain Wahhabi
padahal
dirimu sendiri pun belum benar-benar sunni
Bila
ada orang yang ingin hapuskan bidaah
kau
kata mereka berselindung sebagai ahli sunnah
mereka
pula yang kau tuduh macam-macam
Kau
terlalu marah ketika peribadi nabi dicerca
tapi
kau bantah ketika ada yang mahu ikut ajarannya
Senang
sekali kau tuduh orang itu ini
tapi
tak pernah pula kau selidiki dengan teliti
Kau
memang bercita-cita untuk masuk syurga
tapi
akal pikiranmu tidak pernah kau buka
Pesuruh
Allah yang ketika mauled kau dengar sirahnya
tidak
pernah baginda menuduh orang sesedap rasa
Rupanya
dalam dirimu ada penyakit tuduh-tuduh
yang
nampaknya payah sekali mahu sembuh
Aku
bukan berniat untuk membela sesiapa
tapi
aku terlalu cintakan Muhammad kekasihNya.
Aku
tahu, aku juga bakal kau tuduh yang bukan
kuserahkan
pada Allah jua yang akan menentukan.
Salman Sulaiman
Teratak Seni Machang
5 Apr 200
Majalah i
Bil.59 Sep 2007
No comments:
Post a Comment