Thursday, February 12, 2015

Pahala bertaubat


Pelajaran 55

Bercerita Abu Hasyim Asshufi: Aku berada di atas sebuah kapal dalam perrjalananku ke Basrah bersama-sama dengan seorang pria yang disertai oleh seorang wanita haba sahaya. Ia selalu mengundangku untuk bersama-sama makan dan minum, kerana menganggap aku adalah seorang miskin. Pada suatu hari ketika habis makan dan minum khamer (arak) dan menyuruh hambanya itu memegang gambus dan menyanyi. Sambil mendengarkan nyanyian si wanita itu ia berpaling kepadaku dan berkata: Dapatkah engkau mainkan gambus dan menyanyi. Aku menjawab: Aku dapat berbuat lebih baik daripada itu.

Lalu aku baca: Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Apabila matahari digulung dan apabila bintang-bintang berjatuhan dan apabila gunung-gunung dihancurkan.

Mendengar bacaanku ia menangis dan ketika sampai: .....dan apabila catatan-catan (amal perbuatan manusia) dubuka, dibantinglah gambusnya dan dibuang sisa minuman dan makanan yang berada di depannya dan dimerdekakan hamba sahaya wanita itu seraya berkata padaku: Apakah Allah akan menerima taubatku?

Aku menjawab dengan firman Allah: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

Sejak waktu itu kami berkawan selama empat puluh tahun, sampai ia meninggal dunia dan masuk syurga. Menurut penglihatanku dalam mimpi, di mana aku bertanya kepadanya, kerana apa ia dapat masuk syurga, ia jawab: Kerana pembacaan surAT At-Takwir untukku.
(Almau’idhah)

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment