Petikan nota cinta daripada penulis
......syukur alhamdulillah, buku Mendidik Bahagia
terhasil daripada rasa nikmat paling bahagia dididik semasa menjadi anak,
bahagia mendidik sebagai ibu, guru, pendidik guru, pendidik masyarakat sehingga
bergelar nenek.
Natijah daripada peranan dan pengalaman ini,
nikmatnya masih subur terasa dalam minda dan jiwa. Inilah yang mahu dilimpahkan
kepada anak-anak, ibu-ibu serta guru-guru yang masih berkesempatan melintasi
padang pendidikan yang luas ini. Jikalau pendidik belum memiliki modal yang
cukup akan merasakan suatu tugas yang mencuri kedamaian jiwa.
Nikmat bahagia mendidik terkubur dan anak yang
dididik dirasakan sukar mengikut lenturan pendidiknya. Ini kerana ibu bapa
lebih terhambat oleh tugas sehingga terlepas pandang bagi menambat hati
anak-anak. Akhirnya, anak melentur karakter sendiri, meneroka sendiri, menambah
pengetahuan dan mengayakan emosi serta naluri melalui laman-laman sesawang.
Ini terjadi kerana ibu bapa lebih tertumpu pada
urusan fizikal anak-anak daripada urusan membentuk karakter anak. Oleh itu,
terbinalah karakter yang bertentangan dengan keinginan ibu bapa dan tuntutan
agama. Lalu, lahirlah anak kita sebagai rumput yang subur, kelihatan indah
menghijau tetapi kaki terjejak di limpahan yang kotor........
Wallahu a’lam.
Dr. Robiah
bt Kulop Hamzah
RKH
Motivation & Services
Shah Alam
Selangor, 2014
No comments:
Post a Comment