Monday, February 23, 2015

Al-Baqarah dan hadis (3)

Cinta Allah

Hadis 11

[2:94] Barangsiapa yang mencintai bertemu dengan Allah, nescaya Allah menyukai untuk bertemu dengannya. Barangsiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya. (HR. Bukhari-Muslim)

Orang Islam yang utama

Hadis 12

[2:132] Diriwayatkan dari Abu Musa ra, dia berkata: Aku pernah bertanya kepada rasulullah saw, Bagaimana orang Islam yang paling utama? Beliau saw menjawab: Iaitu orang Islam yang orang Islam lainnya merasa aman dari lisan dan tangannya. (HR. Bukhari & Muslim)

Sangkaan hamba

Hadis 13

[2:152] Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi persangkaan hambaku. Dan Aku selalu bersamanya di saat dia mengingatiKu. (HR. Muslim)


Sabar

Hadis 14

[2:153] Dari Anas bin Malik ra, bahawasanya Rasulullah saw mendatangi wanita yang tengah menangisi kematian anaknya. Beliau kemudia berkata kepadanya : Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah., lalu wanita itu menjawab: Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku. Tatkala beliau pergi, dikatakan kepada wanita itu bahawa yang barusan berkata adalah rasulullah saw. Kemudian wanita itu mendatangi rasulullah dan berkata bahawa dia tidak mengenalinya. Kemudian rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya yang namanya sabar itu terletak pada saat guncangan yang pertama. (HR. Muslim)

Merasai kelazatan iman

Hadis 15

[2:165] Ada tiga sifat yang bila dimiliki seseorang ia dapat merasakan kelazatan iman: 1) hendaknya Allah dan RasulNya lenih ia cintai dari apapun selain keduanya; 2) hendaknya ia mencintai seseorang didasari kerana cinta kepada Allah, 3) hendaknya ia membenci kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan, sebagaimana ia benci apabila dicampakkan ke neraka. (HR. Muttafaq ’Alaih)

Wallahu a’lam.

Al-Quran Tajwid Warna & Terjemahan
Humaira Bookstore Enterprise

No comments:

Post a Comment