Monday, February 23, 2015

Tangis

Pelajaran 65

a) Berkata Ka’bul-Ahbar : Sesungguhnya aku lebih suka menangis bercucuran air mataku kerana takut kepada Allah daripada aku mensedekahkan emas seberat badanku. Kerana tiada seorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga mengalir setetes air matanya di atas tanah melainkan ia bebas tidak disentuh oleh api neraka.
(Majalisul-Abrar)

b) Berkata ahli ma’rifat: Cucilah empat dengan empat: Cucilah wajah-wajahmu dengan air matamu, lidahmu dengan zikir kepada Tuhan Penciptamu, hati-hatimu dengan takut kepada Tuhanmu dan dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Tuhanmu.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment