Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks
secara aktif. Interaksi dan fokus pembaca dengan teks dikekalkan kerana pembaca
perlu membuat pertimbangan terhadap bentuk dan maklumat yang dibaca.
A; Agree (Bersetuju)
C: Confusing (Mengelirukan)
I : Interesting (Menarik)
D: Disagree (Tidak
bersetuju)
Tidak semua yang dipaparkan dalam sesuatu sumber
media dan teks sempurna, bahkan banyak kandungan teks yang sangat subjektif dan
perlu dibaca dengan peka. Teknik ini menggalakkan pembaca menimba dan membuat
keputusan sama ada suatu maklumat itu dipersetujui, tidak dipersetujui, menarik
atau mengelirukan pembaca. Teknik ini boleh disekalikan dengan QUACK, iaitu
teknik menanda isi penting.
Teknik ini sesuai untuk membaca teks yang
berbentuk pandangan, kontroversi dan penghujahan seperti lidah pengarang, ruang
polemik pembaca atau kolum khas penulis.
Langkah teknik tanda ACID
ACID terdiri daripada dua bahagian: (i) ACID dan
(ii) 3 tanda berasingan
1) Semasa membaca, tanda diri anda sama ada anda:
B – Bersetuju (Agree)
K – Keliru (Confuse)
M – Menarik (Interesting)
T - Tidak bersetuju
(Disagree)
2) Tandakan B, K, M dan T di tepi halaman pada isi
yang berkenaan
3) Kemudian, berikan tanda bulat, bintang (*) atau
garisan atau kurungan ”(________)”
4) Petunjuk pandangan pembaca seperti bersetuju
dan lain-lain boleh dijadikan asas perbincangan.
Wallahu ’alam.
Buku
Panduan Guru Literasi Bacaan PISA
KPM, 2014.
No comments:
Post a Comment