Sunday, February 15, 2015

Enam topi berfikir



Kaedah enam topi berfikir yang diperkenalkan oleh Edward de Bono berasaskan kaedah berfikir secara selari (parallel) iaitu melihat suatu perkara dari pelbagai sudut dan masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

Berfikir secara selari bermaksud idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain. Idea-idea ini tidak di nilai, tidak dibandingbezakan, tidak dipertikaikan, dan tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.

Melalui kaedah enam topi berfikir, setiap pemikiran dianalogikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu:

1) Topi Putih : Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata.

2) Topi Hitam : Melambangkan pemikiran yang menekankan kesan negatif atau kelemahan sesuatu. Topi ini mengesan cadangan yang tiada fakta, asas dan kesesuaian.

3) Topi Kuning : Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat.

4) Topi Hijau : Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea atau alternatif baharu yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau sebaliknya.

5) Topi Merah : Melambangkan gerak hati yang tercetus dalam perbincangan yang disertai logik. Topi ini membenarkan kita mencetus reaksi emosi terhadap maklumat tanpa memerlukan bukti.

6) Topi Biru : Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.

Kaedah enam topi berfikir membantu seseorang untuk memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa, fokus dalam cara berfikir dan kritis untuk menghasilkan idea yang lebih bersrtuktur dan sistematik dan memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.

Wallahu ’alam.

Buku Panduan Guru Literasi Bacaan PISA
KPM, 2014.

No comments:

Post a Comment