Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Ya Allah, ya Tuhanku, wahai Tuhan tempat mengadu, wahai
Tuhan tempat bergantung, wahai Tuhan yang mengetahui segala tersembunyi, wahai
Tuhan tempat yang mengangkat segala bala bencana, wahai Tuhan yang
menyelamatkan Musa dan Muhammad dan Ibrahim Al-Khalil, sesempurna salawat dan
salam Allah ke atas mereka sekalian.
Aku menyeruMu, wahai Tuhanku,
dengan doa orang yang sangat memerlukanMu, orang yang lemah tidak berdaya,
orang yang tiada mempunyai helah dan jalan selain kepadaMu, dengan doa orang
yang lemas sangat mengharapkan kepada kurniaMu, yang sedang dalam kesusahan
yang tiada tempat untuk mengatasi hibanya melainkan hanya denganMu, tiada Tuhan
tempat bergantung kecuali Engkau saja, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dari
sekalian orang pemurah.
Angkatlah bala’ yang menimpa diri
kami daripada musuh kami dan musuhMu, iaitu syaitan yang terkutuk, dan juga
daripada kaum yang penganiya (atau) yang zalim (jika seorang), wahai Tuhan yang Maha Pemurah dari sekalian yang
pemurah, sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa di atas di atas sesuatu.
Tolonglah aku (baca 3 kali), ya Allah (baca 3 kali), wahai Tuhan yang
mencipta segala sesuatu tiada pencipta selain dia, wahai Tuhan yang kekal abadi
yang tiada akhirNya, wahai Tuhan Yang Hidup lagi yang menghidupkan segala yang
mati, wahai yang memerhatikan segala jiwa tentang apa yang diusahakan.
Tuhanku! Engkaulah Yang Perkasa
lagi Maha Berkuasa, tiada Tuhan melainkan Engkau Tuhan Yang Esa. Aku memohonMu
dengan kalimah-kalimah yang sempurna akan keamanan bagi diriku, juga kemaafan
dan keafiatan yang kekal di dunia dan diakhirat. Dan juga buat keluargaku,
jasadku, hartaku, anak-pinakku berserta Muslimin sekalian.
Wahai Tuhan semesta alam,
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, dan belas kasihanlah
aku dengan sepenuh rahmatMu, wahai Tuhan Yang Pemurah daripada sekalian
pemurah. Tolonglah angkatkan segala bahaya yang menimpaku dengan segala yang
Engkau Mahukan, dan bebaskanlah aku dengan suatu kebebasan yang baik, wahai
Tuhan semesta alam. Dan salawat dan salam Allah ke atas penghulu kita Nabi
Muhammad beserta keluarganya dan para sahabatnya.
Aameen.
Asy-Syeikh’Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata pemberian yang indah & menjaga segala hati yang lalai
2013
No comments:
Post a Comment