Tuesday, February 24, 2015

Bertenanglah

Bertenanglah
jantungku
kerana kacau dunia
bukan salahmu
dan riuhnya
bukan suaramu

bertenanglah
jiwaku
biarlah sejahtera
menjalar sampai
ke hamparan
teduh tenteram.

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013

No comments:

Post a Comment