Monday, February 23, 2015

Mengilas makna

Sewaktu aku berbicara
pandai dia mengilas makna
memutarbelitkan maksud
mengikut alunan seleranya.

Sewaktu aku berbicara
ada-ada yang tidak luhur
datangnya dari dua jalur
tanpa menghuraikan padah menimpa
musibah kurang cerna dan alpa

Akhirnya bicara yang bermakna
semakin hambar kosanya
gugur dari tangkai masa
bersepah merata-rata di kaki lima
kedegilan tidak mahu mengutipnya
akan tiba waktunya pengalaman
sendiri membina erti.

Ismail Hashim
Seremban
Pelita Bahasa
Jan 2008

No comments:

Post a Comment