Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif
kepada teks yang berbentuk fakta, membuat pertimbangan terhadap maklumat dan
menanda maklumat yang tertentu.
Maksud QUACK
Q: Question mark (Tanda
soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur dan tidak
difahami
U: Underline (Garis)
menggarisi takrif
A: Asterisk (Asterik) meteltakkan tanda * pada
maklumat atau idea yang penting atau menarik
C: Circle (Bulatkan)
membulatkan fakta dan definisi panjang
K: Keyword (Kata kunci)
meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf condong)
Membaca, khususnya teks yang sukar, suatu proses
yang meletihkan. Teknik ini memerlukan pembaca menggarisi, membulatkan dan
meletakkan beberapa tanda lain yang sesuai pada teks. Oleh itu, pembaca dapat
mengekalkan tumpuan seterusnya membantu pemahaman mereka.
Wallahu ’alam.
Buku
Panduan Guru Literasi Bacaan PISA
KPM, 2014.
No comments:
Post a Comment