Saturday, February 14, 2015

Doa selepas wuduk

Doa 1
Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan. Dan dengan kepujian untukMu, naik saksi bahawasanya tiada Tuhan selain Engkau. Daku memohon ampun kepadaMu dan daku bertaubat kepadaMu. Aameen.


Doa 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya Dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya. Aameen.


Doa 3
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah daku dari golongan orang-orang yang suka bertaubat. Dan jadikanlah daku dalam golongan orang-orang yang bersuci. Dan jadikanlah aku dalam golongan hamba-hambaKu yang soleh. Maha Suci Engkau, wahai Tuhanku. Dan dengan segala kepujian untukMu, bahawasanya daku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, daku memohon ampun kepadaMu dan bertaubat kepadaMu. Aameen

Asy-Syeikh’Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata pemberian yang indah & menjaga segala hati yang lalai
2013

No comments:

Post a Comment