Teknik KWLH diperkenalkan oleh Dona Ogle (1986).
Teknik ini ialah kembangan daripada teknik KWL. Pada peringkat permulaan, guru
guru boleh memperkenalkan teknik KWL terlebih dahulu. Teknik ini digunakan
untuk menjana pemikiran aktif melalui pembacaan secara kritis. Hal ini
dilakukan dengan mengaktifkan pengetahuan lalu atau sedia ada untuk mendapatkan
pengetahuan baharu, kemudian murid membina soalan untuk memenuhi tujuan bacaan
serta memantau pemahaman mereka.
K: (What we know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca
W: (What we want to know)
Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca
L: (What we learned)
Perkara yang dipelajari selepas membaca
H (How you want to learn) Cara untuk mendapat
maklumat tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari (melalui bacaan
seterusnya)
Contoh pengurusan grafik KWLH yang telah
dilengkapkan
K(tahu)
|
W(ingin tahu)
|
L(dipelajari)
|
H(cara mendapatkan maklumat lain)
|
a) Graviti menghalang kita daripada terapung di sekeliling
b) Graviti membuat sesuatu jatuh
c) Terdapat kurang graviti di bulan
d) Isaac Newton menemui graviti
|
a) Apakah graviti?
b) Mengapakah kurang graviti di bulan?
c) Apakah faktor yang menentukan kadar kelajuan sesuatu jatuh ke tanah?
Perkara yang menarik:
Bagaimanakah Newton menemui graviti?*
|
a) Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah bumi
b) Kekuatan graviti bergantung pada berat objek
c) Saiz bulan lebih kecil daripada bumi
maka gravitinya lebih rendah berbanding bumi
d) Rintangan udara menentukan kelajuan sesuatu akan jatuh ke tanah
|
a) Mencari maklumat di internet atau buku rujukan tentang :
- Bagaimana Newton menemui graviti?
- Mengapakah graviti berlaku?
- Apakah kesannya jika tiada graviti?
|
Wallahu ’alam.
Buku
Panduan Guru Literasi Bacaan PISA
KPM, 2014.
No comments:
Post a Comment