Tuesday, March 10, 2015

Watak kepimpinan berkesan

Ada 5 watak iaitu:

a) Pemimpin

Sekali sekala mengeluarkan arahan.
Mentadbir, mengatur, menyusun, mengurus segala hal kehidupan manusia.

b) Ayah

Sanggat bertanggungjawab kepada orang bawahan. Rasulullah saw sangat kasihkan umatnya dan sangat bertanggungjawab. Tanggungjawab utama ialah mendidik supaya bertakwa dan menjaga kehidupan atau kebajikan supaya tiada yang terbiar. Penderitaan hidup menjadi sebab perasaan manusia tertekan dan bosan sehingga menjadi liar dari Allah serta sukar berkasih sayang. Pemimpin perlu memastikan para pegawai, pengurus dan petugas-petugas melaksanakan tanggungjawab bagi pihak pemimpin.

Ayah adalah tempat rujuk segala hal dan masalah. Khalifah (pengganti) bagi pihak Allah SWT dalam mengendalikan segala urusan masyarakat. Telah terbukti kerinduan manusia kepada rasulullah saw boleh serba sedikit terubat melalui pemimpin bawahan yang juga berwatak ayah dengan meniru watak rasulullah saw.

Ayah adalah pendamai, pendingin atau penyejuk. Ibarat suasana sedang panas mendidih maka pemimpin datang menjadikan suhu turun kepada suam atau yang lebih baik dinginkan, bukan menambahkan gelegak, membuak dan bergelora.

c) Ibu

Membuka pintu diri bagi didatangi oleh rakyat. Watak ibu yang lazimnya mudah mesra dan mudah pula dimesrai sesiapa sahaja.

Tempat masyarakat mengadu pelbagai hal terutama masalah peribadi. Watak ibu juga ertinya tempat bermanja.

d) Kawan

Sangat setia, jujur dan bela membela
Tempat melahirkan perasaan, tempat mengadu dan sanggup berkongsi rasa dan masalah.
Memberi kemesraan, menghiburkan dan menggembirakan sesiapa saja.

e) Guru

Memberi ilmu, panduan dan tunjuk ajar.
Memberi didikan kepada hati.
Menjadi contoh dalam pelbagai aspek sehingga jika orang mahu melihat peribadi rasulullah saw, mereka boleh melihat pada diri dan sikap atau akhlak pemimpin itu.

Wallahu a’lam

Shuib Sulaiman
Rasulullah tokoh transformasi
2012

No comments:

Post a Comment