Pelajaran 71
a) Diriwayatkan bahawa saidina Usman b Affan
pernah lupa, mengeluarkan zakat fitrahnya sesudah solat Ied, ia tebus
kelalaiannya itu dengan memerdekakan seorang hamba sahaya. Ketika ia beritahukan
hal itu kepada rasulullah saw, bersabdalah beliau: Hai Usman! Andai kata engkau memerdekakan seratus hamba sahaya sebagai
tebusan kelalaianmu, tidaklah akan menyamai pahala zakat fitrah yang dibagikan
sebelum solat Ied.
(Zubdatul-Wa’idhin)
b) Diriwayatkan hahawa rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mengeluarkan zakat fitrah, ia
akan memperoleh sepuluh macam pahala: Kesatu, bersih dari segala dosa. Kedua,
bebas dari neraka. Ketiga, puasanya diterima. Keempat, patut masuk syurga.
Kelima, keluar dari kubur dalam keadaan aman. Keenam, terkabul semua amal yang
dilakukan dalam setahun. Ketujuh, patut memperoleh syafaatku di hari Qiamat.
Kelapan, akan lewat di atas di atas shirath seperti kilat yang menyambar.
Kesembilan, timbangan amal kebajikannya akan menjadi berat. Kesepuluh, terhapus
namanya dari buku orang-orang yang durhaka.
(Syekh Zadah)
c) Bersabda rasulullah saw: Barang siapa mengeluarkan zakat fitrah ia
akan memperoleh untuk tiap butir tujuh puluh ribu gedung, luas gedung ialah
antara masyrik dan maghrib (Timur-barat)
(Misykatul-Anwar)
Wallahu ’alam
H.Salim
Bahreisy
Bekal Juru
Da’wah Jilid 2
Surabaya,
1977
No comments:
Post a Comment