Thursday, March 5, 2015

Nabi Muhammad saw (570 -632) ...bahagian IV

Apakah pengaruh nabi Muhammad saw yang paling asas terhadap sejarah umat manusia? Seperti lain-lain agama, Islam mempunyai pengaruh yang luar biasa terhadap penganutnya. Inilah sebabnya mengapa penyebar agama-agama besar di dunia mendapat tempat di dalam buku ini. Jika jumlah menjadi ukuran, bilangan penganut Kristian adalah dua kali ganda penganut Islam, dengan sendirinya timbul persoalan, apakah alasan meletakkan nabi Muhammad saw lebih tinggi berbanding nabi Isa as di dalam senarai. Saya mempunyai dua alasan pokok yang menjadi pegangan saya. Pertama, nabi Muhammad saw memainkan peranan yang jauh lebih besar berbanding peranan nabi Isa as dalam mengembangkan agama Kristian. Walaupun nabi Isa as bertanggungjawab terhadap ajaran-ajaran asas moral dan etika Kristian (hingga batas tertentu berbeza dengan Judaisma). St. Paul adalah tokoh utama penyebar teologi Kristian dan menulis sebahagian besar Perjanjian Lama.

Sebaliknya, nabi Muhammad saw bukan sahaja bertanggungjawab terhadap teologi Islam, tetapi juga terhadap asas-asas etika dan moral. Baginda juga merupakan pencatat ayat-ayat suci al-Quran, iaitu sekumpulan wahyu yang diyakini diterima secara langsung daripada Allah. Sebahagian besar wahyu ini disalin semula dengan penuh kesungguhan selama hayat baginda dan kemudiannya dihimpunkan dalam bentuk yang kekal selepas baginda wafat. Dengan itu, Al-Quran adalah berkait rapat dengan pandangan-pandangan nabi Muhammad saw serta ajarannya kerana ia berasaskan wahyu Tuhan. Sebaliknya, tiada satupun kumpulan terperinci dari ajaran nabi Isa as yang boleh ditemui hari ini. Pengaruh nabi Muhammad saw dengan perantaraan al-Quran  adalah amat besar, menyebabkan al-Quran amat penting, sama pentingnya dengan kitab Injil bagi penganut Kristian. Kemungkinan besar, pengaruh nabi Muhammad saw dalam Islam adalah lebih besar berbanding pengaruh gabungan nabi Isa as dan St.Paul bagi agama Kristian. Dalam sejarah kemanusiaan, pengaruh nabi Muhammad saw adalah setara dengan pengaruh nabi Isa as.

Lebih dari itu (berbeza dengan nabi Isa as) nabi Muhammad saw bukan sekadar pemimpin agama tetapi juga sebagai pemimpin duniawi. Faktor menunjukkan, di mana baginda sebagai pendorong kekuatan gerakan penaklukan bangsa Arab. Pengaruh kepimpinan politiknya sentiasa berada di kedudukan hadapan.

Wallahu a’lam

Michael H.Hart
Senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005

No comments:

Post a Comment