Friday, March 6, 2015

Nabi Muhammad saw (570 -632) ...bahagian V


Dari pelbagai peristiwa sejarah kita mungkin berfikir bahawa perkara tersebut boleh berlaku tanpa kepimpinan yang khusus daripada seorang ketua mereka. Misalnya, koloni-koloni di Amerika Selatan mungkin dapat membebaskan diri dari taklukan Sepanyol walaupun Simon Bolivar tidak pernah wujud di dunia. Tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam gerakan penaklukan bangsa Arab. Tiada kejadian yang serupa sebelum nabi Muhammad saw dan tiada alasan untuk menolak bahawa penaklukan boleh berlaku dan berjaya tanpa nabi Muhammad saw. Hal yang hampir sama berlaku semasa penaklukan akibat pengaruh Genghis Khan di abad ke-13 dalam sejarah manusia. Walaupun penaklukan ini lebih meluas berbanding apa yang dilakukan oleh bangsa Arab, namun ia tidak membuktikan kemantapan. Kini satu-satunya daerah yang didiami oleh bangsa Monggol adalah wilayah yang sama dengan wilayah yang didiami sebelum Genghis Khan.

Ini jelas menunjukkan perbezaan besar dengan penaklukan bangsa Arab. Terbentang dari Iraq hingga ke Maghribi, ikatan bangsa Arab yang bersatu, bukan bergantung kepada anutan agama semata-mata, tetapi bergantung juga kepada bahasa Arab yang sama, sejarah dan juga budayanya.

Kedudukan Al-Quran yang tinggi di kalangan kaum muslimin dan ditulis pula dalam bahasa Arab, merupakan penyebab mengapa bahasa Arab tidak dipecahkan ke dalam dialek-dialek yang beragama. Jika tidak, mungkin sudah berlaku di abad ke-13, perbezaan dan pembahagian Arab menjadi negara tertentu mungkin terjadi – tentu sahaja dan sememangnya begitu, tetapi perbezaan yang bersifat sebahagian-sebahagian itu tidak boleh membuat kita lalai bahawa persatuan mereka tetap wujud. Tetapi, baik Iran mahupun Indonesia yang merupakan pengeluar minyak terbesar dan yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, tidak mahu bergabung dalam larangan mengeksport minyak pada musim sejuk pada tahun 1973-1974. Jika sebaliknya, hanya negara Arab yang mengambil langkah melarang eksport minyak.

Jadi, kita dapat menyaksikan bahawa penaklukan yang dilakukan oleh bangsa Arab pada abad ke-7 terus memainkan peranan penting dalam sejarah umat manusia sehingga kini. Dari sudut ini, saya menilai adanya kombinasi yang kukuh antara agama dan keduniaan yang sebati dalam diri nabi Muhammad saw sehingga saya menganggap bahawa nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

Wallahu a’lam

Michael H.Hart
Senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005

No comments:

Post a Comment