Air
Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air
zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.Dr
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas
perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif
dan negatif. Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan
dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang
berbentuk kristal indah.Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air
didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil
membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang
berkilauan indah.
Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil
menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.Emoto
mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York. Dalam eksperimen tersebut turut
mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air. Menurut Emoto, apabila
air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul
air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.
"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan
memahami' kata dan doa," katanya.
Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah
universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta
mengenai air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan
diperiksa akan 'kehebatannya'.Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh
digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji
itu. Maka air dari Sungai Ganges dan
juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti. Uniknya, air zam-zam
membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa
jua tekanan.
Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu
merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu
tertentu. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti
bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.Kandungan airnya berbeza
dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
Ia mengandungi kadar kalsium dan garam
magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan
rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang
berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.Lebih
menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas
dari pencemaran kuman.
Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air
penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air
penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang
berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat
al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan
dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.
Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air
jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat
suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan
kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi
kesan positif kepada peminumnya.
Wallahu a’lam.
Mstar
6 September 2014
No comments:
Post a Comment