Semasa saidina Umar Ibnu Abd Aziz menjadi
khalifah, beliau telah menghantar sebuah rombongan misi dakwah ke wilayah Asia
Tengah. Pemimpin rombongan itu ialah Samarkand. Helah dan muslihat melalui satu
pakatan dengan pegawal agar pintu kota dibuka di malam hari. Ini membuatkan
tentera Islam berjaya memasuki kota dan terus menakluki dengan amat mudah. Cara
Samarkand itu membuatkan para pendeta di situ tidak berpuas hati dan mengadu
kepada khalifah.
Ketika diadili, hakim telah memanggil pendeta
untuk memulakan pendakwaan. Pendeta pun menceritakan helah yang telah dibuat
oleh tentera Islam. Hakim bertanya kepada Samarkand: Apakah dakwaan itu benar?.
Samarkand menafikannya. Lalu hakim bertanya pula kepada Samarkand: Kalau
begitu, di antara tiga cara ini, cara manakah yang kamu lakukan dalam
penaklukan ini? Petama, menyeru supaya penduduk kota memeluk agama Islam.
Kedua, jika tidak mahu, mereka dikehendaki membaar jizyah. Ketiga, jika tidak
barulah berperang.
Soalan hakim itu tidak dapat dijawab oleh
Samarkand. Jadi ternyata dakwaan pendeta itu betull. Lalu saidina Umar Ibnu Abd
Aziz mengarahkan Samarkand dan semua tentera Islam meninggalkan wilayah itu
dengan segera lalu diserahkan semula kepada pendeta.
Walau bagaimanapun, setelah semua tentera Islam
keluar dari wilayah yang ditakluk itu,
seluruh penduduk wilayah itu memeluk Islam kerana melihat keindahan dan
keadilan Islam yang ditunjukkan oleh Saidina Umar ibnu Abd Aziz.
Wallahu a’lam
Shuib
Sulaiman
Rasulullah
tokoh transformasi
2012
No comments:
Post a Comment