Guru: Membina ilmu menyempunakan akhlak
1.0 DEFINISI :
1.1 Guru: Kata Guru merangkumi semua warga pendidik yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk intitusi pendidikan yang menjadi
penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan
insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan
mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai
suri teladan.
1.2 Membina Ilmu : Individu yang membangunkan dan
membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks
pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti
individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
(kognitif).
1.3 Menyempurnakan : Menjadikan sempurna atau
lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid
berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
1.4 Akhlak : Budi pekerti dan nilai-nilai
sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani
cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.
2.0
HURAIAN
2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu
dan pengalaman agar dapatmembangunkan potensi insan melalui penyerapan
elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan
rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan
pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal
insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan
serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul dalam membina negara
bangsa yang berkualiti.
2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada
menyampaikan kandungan silibus dalam bilik daerjah, malah guru perlu kreatif
dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak
didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui
amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber
secara berkesan.
2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan
holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid.
Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 – 2025, sistem pendidikan Malaysia
berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah
merealisasikan hasrat tersebut.
Wallahu a’lam.
JNJK,KPM
27 Feb 2015
No comments:
Post a Comment