Monday, March 2, 2015

Nabi Muhammad saw (570 -632) ...bahagian I

Kedudukan Pertama

Pemilihan nabi Muhammad saw pada kedudukan pertama dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan dan menjadi tanda tanya kepada sebilangan pembaca. Tetapi, saya berpegang kepada keyakinan bahawa baginda nabi Muhammad saw ialah seorang insan tunggal dalam sejarah yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam menegakkan syiar agama Islam kepada umat manusia keseluruhannya.

Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Baginda menegakkan dan menyebarkan salah satu agama terbesar di dunia iaitu agama Islam. Baginda juga menjadi pemimpin umat manusia yang unggul dan amanah. Pengaruh ajaran nabi Muhammad saw masih kukuh, teguh dan utuh sehingga ke hari ini walaupun baginda telah wafat 13 abad yang silam.

Sebahagian besar dari tokoh yang disenaraikan dal;am buku ini adalah orang yang bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di tengah-tengah kegemilangan tamadun manusia dan pusat pertemuan politik pelbagai bangsa. Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun 570, di kota Mekah, yang terletak di selatan Semenanjung Arab. Ketika itu kawasan ini adalah kawasan yang mundur kerana ia terletak jauh dari pusat perdagangan, seni dan ilmu pengetahuan. Nabi Muhammad saw menjadi yatim piatu ketika berusia enam tahun. Baginda dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang sederhana. Baginda juga seorang yang bersifat sederhana dan rendah diri. Mengikut riwayat dan sejarah agama Islam, baginda tidak tahu membaca dan menulis. Baginda nabi Muhammad saw menjalankan perniagaan dan memperbaiki kedudukan ekonomi baginda se;lepas berkahwin dengan seorang janda kaya-raya ketika berusia 25 tahun. Ketika usia baginda menjangkau 40 tahun, baginda nabi Muhammad saw tidak menunjukkan sifat-sifat luar biasa bahawa baginda merupakan seorang indsan yang terpilih.

Pada zaman itu, kebanyakkan orang Arab tidak menganuti sebarang agama kecuali menyembah berhala. Di kota Mekah pula, terdapat segolongan kecil yang beragama Kristian dan Yahudi. Berdasarkan kepada kepercayaan orang Arab Jahiliah inilah nabi Muhammad saw membawa keyakinan bahawa hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang wajib disembah. Ketika berusia 40 tahun, nabi Muhammad saw mendapat wahyu daripada Allah SWT dan baginda terpikih untuk menyebarkan dan mengembangkan kebenaran agama Islam.

Wallahu a’lam

Michael H.Hart
Senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005

No comments:

Post a Comment