Banyak
penjara
Bukti lain kegagalan dalam mendidik ialah semakin
banyak dan besarnya bangunan penjara dan semakin sendat. Banyak kompaun dan
saman dikeluarkan. Banyaknya kes yang dibicarakan di mahkamah. Ini belum lagi
diambil kira mereka yang terlepas begitu saja tanpa dapat dikesan. Manusia
terdidik rohaninya dengan Allah sehingga mendapat rasa bertuhan jika bersalah
pun terlalu sedikit yang mana tidak perlu dihukum. Mereka akan insaf dan
bertaubat sendiri.Manusia zaman salafussoleh paling minima jumlah mereka yang
menerima hukuman. Ini kerana manusia zaman itu rohani mereka terdidik dengan
Allah.
Mungkin
kerana takutkan undang-undang yang ketat dan keras serta hukuman yang
berat maka manusia kurang membuat kesalahan. Terjaminkah mereka itu bersih dari
kejahatan? Sedangkan kejahatan batin atau mazmumah adalah angkara nafsu, bukan
dapat dikikis atau dibakar dengan undang-undang dan hukuman.
Nafsu tidak takutkan hukuman. Sudah ramai manusia
yang dihukum gantung kerana membunuh dan mengedar dadah. Mereka yang belum kena
pun tahu akibatnya. Namun begitulah sifat nafsu sentiasa mendorong dan
merangsang kepada kejahatan. Nafsu hanya boleh tunduk, mengaku kalah, kendur
dan lemah dengan takutkan Allah SWT. Malah nafsu yang sifat asalonya sentiasa
negatif itu, dengan takutkan Allah akan bertukar kepada mendorong dan
merangsang kemahuan yang positif sahaja. Ingatlah bahawa melalui hukuman tidak
berhasil membakar sifat-sifat mazmumah.
Terdapat kesalahan yang tidak disabitkan kesnya di
mana-mana mahkamah iaitu kesalahan dalam mendidik manusia itu sendiri. Pemimpin
dan pendidik yang tidak membawa manusia kenal Allah adalah satu kesalahan.
Kesan dari manusia tidak kenal Allah amat merbahaya. Manusia itu ibarat membawa
racun ke mana-mana. Sifat racun itu memang sudah sedia rosak dan jika tumpah
mengenai orang lain maka ia merosakkan. Racun itu ialah sifat-sifat mazmumah
yang sangat merosakkan kehidupan manusia.
Wallahu a’lam
Shuib
Sulaiman
Rasulullah
tokoh transformasi
2012
No comments:
Post a Comment