Terdapat 5 tahap di kalangan orang Islam :
1.
Iman Taqlid
Iman sekadar ikutan atau Islam baka. Islamnya
kerana ketrunan atau baka. Iman taqlid ini tiada padanya benteng, kubu ataupun
penangkis daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Batinnya menjadi sarang
mazmumah. Jiwanya lemah, mudah kecewa dan putus asa. Menurut pendapat ulama
iman taqlid ini tidak sah imannya.
2.
Iman Ilmu
Iman yang sah kerana sudah bersandar dengan ilmu
serta ada hujah mengesahkan imannya. Namun imannya belum kuat atau belum
mantap. Biarpun berilmu tetapi masih lemah dalam melawan nafsu sering saja
terjebak dengan dosa. Kalau Tuhan tidak ampunkan nescaya masuk neraka terlebih
dahulu.
Iman orang soleh yang sudah menjadikan nafsunya
tunduk. Hanya sekali sekala dan amat sedikit terjatuh kepada dosa kecil yang
tidak disengajakan. Itu pun dirasakan seperti gunung hendak menghempap kepala,
lantas bersegera memohon ampun dan Allah SWT ampunkan. Ada jaminan tidak jatuh
ke neraka.
4.
Iman Hak
Iman para sahabat, para syuhada dan wali besar
5.
Iman Hakikah
Iman para rasul dan nabi
Prestasi cemerlang dalam aspek Iman ialah apabila
mencapai kedudukan sekurang-kurangnya pada tahap Iman Ayyan yang ada jaminan
dapat masuk syurga.
Wallahu a’lam.
Shuib
Sulaiman
Prestasi
umat cemerlang, 2012
Ya Allah
anugerahkan kami ketetapan dan kesempurnaan iman dan takwa. Aameen.
No comments:
Post a Comment