Pemimpin yang bertakwa akan berani berkata: Seteguk kita minum arak sampai hujung usia
pun kita tidak akan lupa. Dengan seteguk arak itu mungkin kita sudah bertaubat
1,000 kali, dan mungkin juga Allah sudah ampunkan tapi kita terus bertaubat
kerana tidak dapat melupakan dosa seteguk arak itu. Tetapi jika kita mencuri
sebuku roti kita sangka ia halal sedangkan di sisi Allah, ia haram. Dengan
mencuri sebuku roti yang kita anggap kecil itu siapa pun tidak ingat lagi
lantas tidak bertaubat, tetapi Allah tidak lupa.
Marilah kita sama-sama mencontohi para sahabat
telah dididik oleh rasulullah saw, betapa dosa kecil yang tidak disengajakan
pun dirasai mereka seperti sebuah gunung hendak menimpa kepala. Tidak kira sama
ada dosa zahir mahu pun dosa batin!.
Wallahu a’lam
Shuib
Sulaiman
Rasulullah
tokoh transformasi
2012
Ya Allah anugerahkan kami rasa kecukupan dan
keberkatan dalam kehidupan kami. Aameen.
No comments:
Post a Comment