Selama tiga tahun, nabi Muhammad saw menyebarkan
ajaran Islam hanya kepada kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Nabi
Muhammad saw mula menyampaikan ajaran Islam pada khalayak ramai pada tahun 613.
Apabila pengikut baginda bertambah ramai, ketua-ketua puak Jahiliah di kota
Mekah menganggap baginda sebagai seteru yang merbahaya. Demi keselamatan
baginda dan pengikut-pengikutnya, nabi Muhammad saw telah berpindah ke Kota
Madinah, yang terletak kira-kira 200 batu ke utara Mekah. Di kota ini, baginda
telah disambut dengan penuh kebesaran.
Perpindahan baginda merupakan satu titik perubahan
yang penting dalam sejarah kenabian baginda. Peristiwa ini dinamakan Hijrah. Pengikut baginda semakin
bertambah di Madinah berbanding di kota Mekah. Dalam masa yang singkat, baginda
muncul sebagai pengembang dan pemimpin yang paling berpengaruh dan berkuasa.
Pada tahun-tahun yang berikutnya, pengikut baginda semakin bertambah dan pada
masa yang sama, peperangan meletus di antara Mekah dan Madinah. Peperangan ini
berakhir pada tahun 630, dengan kemenangan berpihak kepada nabi Muhammad saw.
Baginda kemudiannya kembali ke Mekah. Dalam tempoh masa dua setengah tahun
terakhir kehidupan baginda berlaku peristiwa kemasukan yang luar biasa bangsa
Arab ke dalam agama Islam. Sehinggalah baginda wafat pada tahun 632, baginda
telah membuktikan bahawa baginda adalah pemerintah yang telah berjaya seantero
di Selatan Semanjung Arab.
Suku Badwi mewarisi tradisi turun temurun sebagai
tentera yang handal dan berani. Tetapi jumlahnya tidak ramai dan sering
berpecah serta berekelahi sesama sendiri. Kerana itulah mereka tidak berjaya
menewaskan tentera dari kerajaan-kerajaan yang teguh di daerah pertanian
sebelah utara. Namun nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama dalam sejarah,
berkat kepercayaan yang teguh kepada keEsaan Tuhan, akhirnya pasukan tentera
Arab yang kecil mampu untuk menyerang dan menakluk di dalam sejarah manusia. Di
sebelah timur laut Arab, berdiri empayar Neo-Parsi dari Sassanids; di barat
lautnya Byzantine atau Empayar Rom Timur di tengah-tengah Constantinople.
Berdasarkan bilangan tentera, orang Arab langsung tidak sepadan dengan
lawannya. Bagaimanapun, di medan peperangan, tentera Arab telah menawan
Mesopotamia, Syria dan Palestin. Pada tahun 612. Mesir telah dirampas dari
Empayar Byzantine, sementara tentera Parsi telah dikalahkan di medan perang
Qadisiya pada tahun 637 dan Nehavend pada tahun 642.
Wallahu a’lam
Michael
H.Hart
Senarai 100
tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005
No comments:
Post a Comment