Sunday, September 16, 2012

Wasiat Nabi Adam as


Menurut riwayat dalam syarah al-Arbain al Nawawiyah Nabi Adam as berwasiat pada anak-anaknya :

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu aku memakan buah Khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut tentu aku tidak memakannya.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buah yang terlarang itu.

( Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamad & Muhamad Zakaria  ms 132 )

Ya Allah, peliharalah aku daripada memohon perlindungan selain daripada perlindungan-Mu. Sekiranya aku pernah berkeluh kesah atas nasib yang menimpa diriku dan sekiranya aku pernah berpaling daripada-Mu, aku memohon keampunan-Mu dan aku kembali kepada-Mu. Ameen.

Tenggaroh 2.

No comments:

Post a Comment