Neraca ikutan
Ayahandaku yang tercinta…!
Saya telah mengaut daripada ayahanda segala-galanya sejak kecil. Apa sahaja pembawaan ayah maka saya mengikutinya. Matlamat hidup ayahanda menjadi perhiasan diri saya. Sifat budi pekerja ayahanda tersinar dalam diri saya. Saya ini tidak lain adalah cabang pada satu pokok yang ayahanda adalah perdunya.
Anak kecil membesar seperti mana hal bapanya.
Di atas akar itulah tumbuhnya pokok
(al-Mu’ammil al-Kufi)
Rasulullah saw telah bersabda :
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, sehingga lidahnya mula pandai berkata-kata, maka ketika itu ibu bapanyalah yang membentuknya sama ada menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
(Riwayat daripada Abu Hurairah)
Mengapakah ayahanda mendidikku di atas kefahaman-kefahaman yang songsang dan neraca yang terpesong?. Lantaran itu saya hidup berdasarkan kefahaman dan neraca itu dan saya berurusan dengan manusia mengikut acuan itu.
Ayahanda telah mengajar saya bahawa bergaul dengan pekerti yang baik dan akhlak yang mulia adalah tanda kebodohan yang akan merugikan.
Ayahanda mengajar saya bahawa bercakap bohong, hipokrit dalam berurusan serta bermuka-muka adalah satu kepintaran dan kebijaksanaan.
Ayahanda mengajar saya bahawa memperdaya manusia serta merampas milik mereka adalah tanda orang bijak dan cerdik.
Ayahanda mengajar saya bahawa bahasa-bahasa kotor dan carut adalah satu gurauan dan kelembutan yang tidak ada cacat celanya.
Ayahanda mengajar saya bahawa tutur kata yang benar adalah satu kedunguan yang menarik tuannya ke arah kebinasaan.
Ayahanda mengajar saya bahawa memberi nasihat, menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran serta menyatakan kebenaran bererti merampas kebebasan dan kemuliaan serta, menjaga tepi kain orang.
Lalu sayapun membesar sebagai orang yang licik tetapi bukan sebagai orang yang cerdik, sebagai orang yang kuat tetapi bukan sebagai orang yang hebat.
Hal ini tidak lain disebabkan benih yang rosak yang ditanam di tanah yang baik.Lantas tanah yang baik itupun menumbuhkan buah yang rosak……
Aku melihat kebaikan seseorang dapat membaikkan keluarganya.
Apabila kebaikan itu rosak maka ia membawa penyakit kerosakan.
Ia agung di dunia ini dengan kelebihan kebaikannya
Namanya terpahat kukuh di kalangan isteri dan anak-anak setelah matinya.
( penyair )
Rasulullah saw bersabda :
Mana-mana pemimpin yang menipu rakyatnya maka ia berada di dalam neraka.
( Riwayat daripada Ma’qil bin Yasar dengan sanad sohih)
Wallahu a’alam.
(Kesilapan mendidik anak, JAKIM 2001)
No comments:
Post a Comment