Saturday, September 1, 2012

Suara hati anak 13

Kesilapan semalam

Ayahandaku yang tercinta…!

Saya cuba menyelidiki apa yang terpendam dalam benak perasaan mereka yang berada di sekeliling saya. Bagaimana perasaan cinta dan kasihan mereka kepada saya. Namun yang saya temui hanyalah hati-hati manusia yang penuh dengan dendam kesumat dan kebencian. Lalu saya cuba mencari apakah puncanya mereka tidak menyenangi saya. Akhirnya saya temui jawapannya iaitu disebabkan saya pernah menyakiti hati dan perasaan mereka.

Seringkali saya bermain-main dengan penuh kenakalan di dalam rumah-rumah mereka, menghilangkan harta benda mereka serta merosakkan barang-barang berharga mereka….
 
Lidah saya juga acapkali mengguris perasaan mereka melalui kata-kata pedas dan olok-olok terhadap mereka….

Saya juga sering memukul anak-anak mereka sehingga menimbulkan kebencian mereka terhadap saya. Saya dapati mereka sangat hairan dan tercengang apabila melihat ayahanda duduk bersahaja memerhatikan gelagat saya di hadapan mata mereka tanpa berbuat apa-apa. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menegur saya dengan satu perkataan, atau memukul saya, lantas ayahanda memandang tajam ke arah mereka lantas segera bangun menunjukkan rasa tidak senang ayahanda terhadap mereka.

Jagalah adab anak-anakmu semasa kecil
Agar bila besar nanti hatimu damai dengan mereka
Bandingan adab yang berkumpul semasa
Usia kecil, seperti mengukir  di atas batu

            ( Ali bin Abi Talib )

Ayahandaku yang tercinta….!

Kesalahan itu berpunca daripada saya. Ia adalah akibat layanan terlalu lembut yang saya terima sejak kecil. Akhirnya ia menjadi tabiat yng bersebati dengan darah daging saya. Sukar sekali untuk saya meninggalkannya. Bagaimanakah saya dapat memperbaiki pada hari ini kesalahan yang saya lakukan semalam? Sedangkan ia telah bersatu dan bersedaging dengan jiwa saya?

Adakalanya adab bermanfaat jika dilentur semasa kecil. Selepas usia kecil pengadaban tiada lagi memanfaatkan mereka. Apabila anda melentur dahan maka ia menjadi lurus. Namun apabila anda luruskannya setelah menjadi kayu ia tidak lembut lagi.

                        (Soleh Abdul Quddus)

Mengapakah ayahanda tidak membetulkan kesalahan-kesalahan saya, menghukum akibat perbuatan saya, menetapkan batasan-batasan untuk saya agar kesalahan saya tidak merebak menjadi besar. Akhirnya ramailah musuh-musuh saya.

Wallahu a’alam.

 (Kesilapan mendidik anak, JAKIM 2001)

No comments:

Post a Comment