Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan
Mustafa berkata calon boleh membuat semakan keputusan menerusi laman web -
http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my,
http://jpt.unimas.my atau http://jpt.ums.edu.my.
"Calon turut boleh mengetahui status mereka melalui sistem
pesanan ringkas (SMS) bagi semua talian telefon bimbit dengan menaip UPU jarak
RESULT jarak diikuti dengan nombor kad pengenalan, dan hantar ke 15888 atau
menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 dan talian am
03-88706755 atau 6766," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata calon juga boleh menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi
laman web rasmi IPTA mulai Selasa ini, dan rayuan dianggap gagal sekiranya
tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga akhir bulan ini.
Calon yang menghadapi sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh
menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di
talian 03-88706767 dan 03-88706777. -BERNAMA
( Mstar online; 15 September 2012 )
No comments:
Post a Comment