Ali ra ditanya : Kenapa anda suka tinggal dekat kuburan?
Ali menjawab : Kerana aku mendapati para penghuni kubur itu
sebagai tetangga yang baik. Mereka juga tetangga sejati, yang sentiasa menjaga
lidah dan mengingatkanku pada akhirat.
Begitulah juga dengan Abu Dar’da yang suka duduk-duduk di
kuburan. Ketika ditanya tentang kebiasaannya itu ia menjawab : Aku suka duduk
bersama orang-orang yang mahu memperingatkan aku tentang tempat kembaliku. Dan
jika aku tinggalkan, mereka tidak mengumpatkan aku.
Wallahu a’alam.
( Di balik tabir
kematian; Imam al-Ghazali )
No comments:
Post a Comment