Biarkanlah hari-hari itu berlalu
dengan segala peristiwanya
dan sejahterakanlah jiwamu
apabila qadar memastikannya
jangan engkau gelisah
kerana kejadian-kejadian
sepanjang masa
kerana peristiwa-peristiwa dunia
tidak kekal selamanya.
Jadilah engkau lelaki kesateria
dalam segala peristiwa
dengan berlapang dada dan murah
hati
hiasilah dirimu
Duka dan suka tidak kekal
selamanya
sengsara dan sejahtera juga tidak
kekal selamanya
Rezekimu tidak lari kerana
berlambat-lambat
ia juga tidak bertambah kerana
berlelah-lelah
Apabila engkau berhati pasrah
samalah engkau dengan pemilik
dunia.
Imam Syafie.
( Wanita super dengan Asmaul
Husna, Sulaiman Al-Kumayi)
Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku fikiran yang sihat supaya aku lebih
suka memikirkan masa hadapan dan tidak memikirkan masa lalu. Ameen.
No comments:
Post a Comment