Pasti hayatnya menjadi berkat
Jika hidup mengenal Hakikat
Pasti sejahtera tidak dilaknat
Jika ikhlas telus Ma’rifat
Terpancar kebenaran tidak
tersekat
Jika akhlak tuntutan Tasauwur
Berkat hidup pasti subur
Jika tersuluh jalannya Tarekat
Insya-Allah tidak tersesat
Jika patuh mengamal Iqra’
Pasti itulah budaya wara’
Kalau hidup bergelumang Fikrah
Cerdik akal itulah fitrah
Jika berbekal dengan amalan
Jannatul Ma’wah itulah tentuan.
Terima kasih menyebarkan senandika jiwa ini kepada umum dan amat menghargai kerana kreditkan nama saya.
ReplyDelete