10. Discipline (Disiplin) –
mengamalkan tahap tingkah laku (termasuk sikap dan pemikiran) yang berperadaban
tinggi sebagai asas penting merekayasa organisasi, lebih-lebih lagi dalam
menentukan pencapaian dan kejayaan diri masing-masing. Tahap disiplin yang
merangkumi aspek tabii mesti sejajar dengan sebuah menara ilmu yang disegani
dan tidak akan berkompromi tentang hal berkaitan prinsip, etika serta keutuhan
dan kualiti. Apalagi semasa organisasi mengharungi perubahan yang drastik. Oleh
itu, hanya asuhan ke arah disiplin yang amat tinggi mampu mengharungi perubahan
yang intangible, termasuk sikap khasnya yang secocok dengan individu,
organisasi, masyarakat dan negara berilmu yang berpaksikan keluhuran dan
keikhlasan.
11. Digital (Digital) – mempamerkan
kepekaan dan kesanggupan untuk mempertingkatkan kemahiran diri dalam segala hal
(dexterity) secara berterusan,
khususnya dalam aspek teknologi bagi melahirkan perkhidmatan yang cekap, tepat
dan berkesan; sekali gus memanfaatkan amalan creating more with less. Kecanggihan bukan menjadi ciri mutlak
sekiranya teknologi tidak sesuai dengan konsep organisasi dalam taman yang
menekankan penjimatan sumber selain menjana sumber baru. Hanya teknologi yang
benar-benar diperlukan dan boleh membantu mempertingkatkan lagi output
(termasuk kemunikasi, kefahaman, jalinan dan sebagainya) perlu dipertimbangkan.
Ia mesti sesuai dengan konsep nature or
people-designed technology, selaras dengan pembangunan lestari.
Kata pengasas dan pengusaha gedung perabot IKEA, Ingvar Kamprad; Expensive solutions to any kind of problem
are usually the work of mediocrity.
12. Dream (Impian) – mengimpikan
sesuatu melalui daya pemikiran seorang insan yang berkelayakan tinggi (highly qualified person, HQP) serta
berkeupayaan mengungkapkan ilham baru demi meneroka kecemerlangan berkekalan ke
arah mercu tanda yang lebih gemilang dan terbilang. Dalam konteks ini, kita
masing-masing mesti berani bermimpi dalam erti kata sanggup mengambil risiko
untuk mencuba sesuatu lebih kreatif selaras dengan pendekatan out-of-the-box. Sebarang kesilapan dan
kegagalan yang berlaku secara tidak sengaja perlu diurus dengan baik sebagai
satu bentuk pembelajaran yang bermakna. Sewajarnya semua aspek 12D yang lain
telah diambil kira untuk meminimumkan risiko yang mungkin berlaku, terutama
aspek detailed, deliberative dan
disiplin agar organisasi terus mendahului saingannya berlandaskan cogan
organisasi tersebut.
Wallahu alam.
Dzulkifli Abdul Razak
Revolusi Pendidikan
Merekayasa Sebuah Universiti, 2005
Keinginan perlu dipandu oleh
kearifan. Tanpa arif bestari tidak ada. Tanpa bestari, bijaksana tidak ada.
Tanpa bijaksana, penyelesaian akan menjadi mentah, atau penyelesaian tanpa
kebijaksanaan akan menimbulkan mudarat yang lebih besar.
Sukma Angin,1999
Usman Awang.
No comments:
Post a Comment