Biarkan aku berbicara selumbar
makna
yang kausisipkan di celah-celah
hirisan hidupku
betapa kau belati
yang kian digantung temali amanah
serta kerap dihempas sebongkah
resah!
bahasa kehidupan kadangkala
menyelitkan
selaut pesan tak lupa selaksa
peringatan
daripada ramuan resepi pengalammu
bahawa jalan di hadapan
terbentang
adalah sejarah panjang tentang
dunia
yang sakit digigit kekejaman!
Katamu, jangan pernah gusar
melangkah
ujian itu ribut yang menduga
cabaran itu taufan yang menerpa
jejaklah dengan kaki berani
jasad suci di atas landasan murni
moga kau jadi lelaki paling
mengerti
dalam pencarian segugus sanubari!
Shafiq Azli Mohd Salleh
Tunas Cipta,DBP
Bil 3 Mac 2013
No comments:
Post a Comment