Monday, March 3, 2014

Perjuangan 1


1. Cintailah perjuangan kita dan perjuangkanlah apa yang kita cintai. Barulah ada kemanisan dan kejayaan dalam apa yang kita usahakan.
2. Seseorang akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Alangkah indahnya kalau yang kita cintai itu Allah.
3. Jika orang kaya tidak membazir, tidak aka nada orang miskin terbiar tanpa pembelaan. Kerap kali si kaya menjanjikan kuah sedang isinya telah dilahap oleh mereka. Namun kebatilan pasti runtuh kerana masih ada pejuang yang sanggup menegakkan kebenaran walaupun terus ditakut-takutkan oleh kelaparan. Penjara materialism tidak selamanya boleh mengekang kebangkitan agama!
4. Untuk mendidik orang lain jadi baik mudah sahaja…jadi baik.
Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment