Tuesday, March 4, 2014

Warkah bonda


Wahai putera puteri bonda
warkah ini bonda coretkan buat kamu semua
agar warkah ini dapat menjadi pengubat duka
penyeri hidup tatkala rindu kepada bonda.

Jangan bersedih wahai anak-anak bonda
hidup ini hanya sementara
pinjaman daripada Yang Maha Esa
kepada kita yang bergelar hamba.

Pesan bonda
jadilah anak-anak yang berguna
pada bangsa dan juga negara
terutama pada agama tercinta
agar hidup aman sentosa
di bawah lindungan Yang Maha Kuasa.

Ingatlah putera puteri
jadilah seperti rasmi padi
semakin berisi
semakin tunduk menyembah bumi.

Pesan bonda lagi
jagalah dirimu
jagalah agamamu
jagalah imanmu
kerana itulah jalan bertemu
Maha Pencipta yang Hakiki.

Anak-anak bonda
andai bonda sudah tiada
untuk bertemu Maha Pencipta
redakan pemergian bonda
ingatlah bahawa tiada yang kekal di dunia
akhirat segala-galanya.

Walaupun bonda sudah tiada
namun warkah ini menjadi penghubung
dalam mendidik kalian semua
supaya menjadi insan yang berguna
sampaikan pesan ini kepada generasi seterusnya
agar menjadi generasi yang masih berpegang
pada agama.

Siti Noraien binti Razali
Tunas Cipta,DBP
Bil 3 Mac 2013

No comments:

Post a Comment