Benih Integriti
Bagaimanakah rupa intergriti?
a) Komuniti yang prihatin
Integriti dalam komuniti wujud apabila setiap warganegara memutuskan untuk
bersama-sama melakukan yang terbaik demi masyarakat. Gotong-royong, rukun
tetangga dan rumah terbuka adalah antara beberapa cara yang menunjukkan
keprihatinan anda.
b) Keluarga yang saling menyayangi
Integriti terbit di rumah apabila nilai-nilai yang baik dijadikan contoh
dan amalan. Keluarga yang berkomunikasi dengan baik, saling bekerjasama dan
menyokong antara satu sama lain menggambarkan perasaan kasih sayang antara ahli
keluarga.
c) Sistem yang memberikan kemudahan
Integriti dalam masyarakat terbukti dengan sistem dan struktur kemudahan
awam yang membantu amalan kehidupan yang baik, menggalakkan kehidupan yang
sihat dan mempertingkatkan kecekapan. Sistem dan institusi awam yang baik
memberikan kehidupan yang lebih berkualiti.
Wallahu alam.
Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment