Saturday, March 8, 2014

Munajat Ya Al-Muqsith

Yang Maha Adil

Wahai Allah yang Maha Adil
keadilanMu sering aku salah fahami
sebagai ketidakadilan akibatnya penderitaan
yang kau jatuhkan kepadaku
kuanggap sebagai bencana yang tak terperikan
padahal,
penderitaa adalah caraMu bagi mengangkat darjat hambaMu
kerana itu wahai Allah aku mohon
kiranya Engkau berikan aku ilham
dengan kecerdasan spritual dan kekuatan
supaya aku dapat menjadikan penderitaan
sebagai peluang dan kesempatan
mencapai kemenangan yang kau pancangkan
di puncak gunung harapan.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment