S: Strengths – Sebelum memberi maklum balas sampaikan kekuatan yang dibimbing.
I: Inquire – Minta yang dibimbing membuat
refleksi tentang kekuatan dan kelemahan yang boleh ditambah baik. Ambil masa
yang sama banyak untuk bincangkan kekuatan dan kelemahan.
S: Suggestions – Gunakan Model Empat Langkah maklum balas untuk memberi
cadangan bagaimana boleh menambah baik amalannya.
C: Compliment – Akhiri sesi maklumbalas dengan pujian dan penghargaan.
Model Empat
Langkah maklum balas
Memberi maklum balas : Semasa maklum balas imbangkan antara memberitahu dan
menyoal. Tindakan yang lalu adalah lonjakan ke pencapaian yang baharu.
1. Pemerhatian : Terangkan tingkah laku / perlakuan
* Saya sangat tertarik dengan cara anda.
* Saya perhatikan bahawa anda tidak melakukan ini.
2. Kesan : Jelaskan kesan yang positif / negatif
* Usaha anda mengakibatkan ......
* Maka saya khuatir ia boleh menyebabkan.......
3. Inkuiri: Meneroka bersama punca masalah
* Bolehkah anda terangkan mengapa......?
* Adakah terdapat sesuatu yang saya tidak sedar tentang......
4. Cadangan / Soalan : Menyemak kefahaman tindakan
* Adakah ini membawa makna kepada anda? Bagaimana?
* Adakah anda setuju? Mengapa?
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment