a) Ketika ditanya prinsip hidupmu, jawablah; tidak akan
mengalah dalam mujahadah dalam memperbaiki diri di samping menyeru orang lain
demi mengharapkan keampunan Allah.
b) Kampung hakiki ialah akhirat. Akan gembirakah kita nanti
apabila pulang ke sana untuk merasai bahagia abadi? Atau pun pulang dengan
penuh penyesalan untuk menderita selama-lamanya? Kita ialah warga akhirat yang
kembara sementara di dunia yang fana. Kita pasti pulang. Semoga kita selamat di
kampung itu nanti!
c) Dunia itu hanya bernilai apabila digunakan untuk akhirat!
d) Umat ini memerlukan bukan sekadar nas dan hujah al-Quran
tetapi sangat perlukan belaian al-Quran yang hidup (akhlak).
Ulama, pimpinlah hati kami ini dengan hati-hati……
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment