Pelan
Tindakan.........
9. Masa berkualiti bersama keluarga
Meluangkan masa bersama keluarga adalah penting. Masa yang diluangkan
bersama sebagai sebuah keluarga akan membantu membina nilai-nilai yang teguh,
keperibadian baik dan komunikasi yang lebih berkesan.
a) Makan bersama sebagai sebuah keluarga.
b) Jadualkan masa mingguan bersama
c) Bersenam bersama secara konsisten
d) Selalu bawa keluarga keluar bersiar-siar bersama
e) Cari cara baru untuk menghargai keluarga anda
10. Layani anak-anak dengan adil
Berikan ganjaran kepada anak anda bagi perkara baik yang mereka lakukan,
tetapi jangan lupa membetulkan mereka apabila mereka membuat kesilapan.
Pastikan anda tidak pilih kasih!
Lima idea bernas:
a) Berikan ganjaran apabila mereka mengamalkan perbuatan yang baik.
b) Jangan sesekali tangguhkan hukuman apabila mereka melakukan kesalahan.
c) Bantu anak anda membezakan antara perkara betul dan yang salah.
d) Gunakan ukuran moral yang sama bagi semua anak-anak anda.
e) Galakkan kerja berpasukan dalam diri anak anda.
11. Sayangi warga emas
Sayangi warga emas dengan menunjukkan kasih sayang, rasa hormat dan
penghargaan. Berusahalah mengekalkan hubungan baik dengan mereka. Utamakan
keperluan mereka!
Lima idea bernas:
a) Libatkan ahli keluarga warga emas dalam aktiviti keluarga anda.
b) Galakkan perkongsian pengalaman melalui penceritaan.
c) Didik anak anda untuk menjaga warga emas.
d) Bantu mereka denangan memenuhi keperluan mereka secara konsisten.
e) Luangkan masa bersama-sama mereka dalam kegiatan masa lapang atau kumpulan
sosial kesukaan mereka.
12. Kemahiran keibubapaan yang baik
Keibubapaan yang baik memerlukan peranan yang aktif daripada ayah dan ibu.
Mereka mesti menjadi model ikutan yakni teladan yang terbaik.
Lima idea bernas:
a) Didik anak anda cara menghormati jantina berlainan.
b) Layani pasangan anda dengan baik sebagai contoh kepada anak anda.
c) Si ayah, ajarlah anak lelaki anda cara menjadi lelaki yang budiman.
d) Si ibu, didiklah anak perempuan anda cara bersifat kewanitaan.
e) Segeralah menghentikan pertelingkahan yang tidak perlu dan tiada
kesudahannya.
Wallahu alam.
Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment