Wednesday, March 5, 2014

Perjuangan 3


1. Allah tidak akan membela hanya kerana kita dalam kebenaran, tetapi apabila kita benar-benar berpegang kepada yang benar. Kemenangan di Badar, pengajaran di Uhud, dan ketabahan di Khandak, ada ibrah untuk pejuang merenung ke dalam diri.
2. Ramai yang inginkan kebaikan tetapi menolak kebenaran. Ramai yang bencikan kejahatan tetapi mencintai kebatilan. Sebab itu, kerap kali Islam ditolak walaupun umat telah dilanda pelbagai kerosakan. Jika ingin menikmati buah (kebaikan), jangan meminggirkan akarnya…kebenaran. Jika menyemai taufan…kebatilan terpaksalah menuai badainya (kejahatan)!
3. Kemenangan bukan kerana kebatilan dan kejahatan musuh, tetapi sejauh mana kebenaran dan kesabaran yang ada dalam diri…..ini yang tersirat di sebalik pesan sayidina Umar: Dosa….akan menyebabkan tentera Islam tewas oleh kekuatan walaupun dalam kebenaran. Ini tersurat di sebalik peringatan sayidina Ali: Kebenaran yang tidak tersusun akan kalah oleh kebatilan yang tersusun.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment