1. Mengalah kepada kebenaran, itu adalah kemenangan yang
sebenarnya.
2. Pemimpin sejati sentiasa berusaha dan komited memberi
kebaikan kepada orang di sekitarnya dan persekitarannya. Ia bermula dengan
memperbaiki dirinya sendiri.
3. Pertikaian terlalu banyak. Ilmu lawan ilmu. Kekadang
membuat kita keliru. Hujah yang pelbagai, menyebabkan kita terus bertikai.
Padahal ilmu itu cahaya. Mengapa? Kembali kepada soal hati. Tepuk dada, tanya
hati di manakah keikhlasan?
4. Akal yang tajam hanya mampu mengenal dan menilai masalah
tetapi hati yang bersih menggamit bantuan Allah untuk menyelesaikan .
Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri
walaupun sekelip mata! Aameen
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment