Rumpai Integriti
Bagaimana rupa keadaan tanpa integriti?
a) Penyalahgunaan kuasa
Integriti hilang apabila manusia menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan
diri sendiri. Ia boleh dilihat apabila rasuah diberi dan juga diterima, apabila
tuntutan yang menyalahi undang-undang dilakukan dan apabila nilai dan prinsip
diketepikan dalam proses membuat keputusan.
b) Sistem yang lemah
Integriti hilang apabila pembekal perkhidmatan dan perniagaan tidak
menitikberatkan kesejahteraan para pengguna sebaliknya bekerja bagi keuntungan
mereka sendiri. Hal ini melemahkan sistem yang disediakan untuk memberikan
manfaat kepada manusia. Bas-bas yang terlalu sesak, barisan beratur yang
terlalu panjang dan masa menunggu terlalu lama merupakan tanda-tanda kelemaha.
c) Etika yang buruk
Integriti hilang apabila individu tidak mahu bertanggungjawab atas
tindakannya. Malah, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada orang lain.
Sifat malas, acuh tak acuh dan mementingkan diri sendiri akan menghalang
pembentukan keperibadian dan produktiviti individu.
d) Kurangnya keprihatinan
Integriti hilang apabila warganegara tidak mengambil berat akan orang lain.
Kegagalan seperti ini berlaku apabila peraturan tidak dipatuhi dan budi bicara
dicampak begitu sahaja. Sikap pentingkan diri sendiri mengurangkan sensitiviti
kita terhadap orang lain.
Wallahu alam.
Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment