Orang sering mengatakan bijaksana
Arif cerdik walaupun di
mana-mana.
Masalah dihadapi tanpa gentar.
Bijak bermaksud cerdik cekap
Petah lidah pandai bercakap.
Bijak bestari sungguh bijak
Hidup berilmu memang segak.
Bijak pandai digelar cendekiawan
Disegani kenalan kawan dan lawan.
Saying sekali terpinggir
bijaksini
Bukannya jauh tetapi di sini.
Di tempat sendiri tidak dihargai
Jauh sekali untuk dibanggai.
Orang luar datang mencari
Jiran tetangga tak kenal diri.
Di luar diakui insan hebat
Di sini dilupai walaupun sahabat.
Orang luar datang berkali-kali
Rakan dan jiran tidak peduli.
Benarkah tidak ada bijaksini
Dihargai di sana tidak di sini.
Adat manusia memang begitu
Walaupun tinggal di sebelah
pintu.
Orang jauh menghargai kita
Orang dekat tak pernah kata.
Bijaksini lazimnya merendah diri
Orang tidak tahu kehebatan diri.
Bijaksini tidak bangga diri
Sedar insaf muhasabah diri.
Ada bijaksana ada bijaksini
Semoga dihargai di sana dan di sini.
Biar murah memberi penghargaan
Sewajarnya kita berada
kebanggaan.
Biarlah murah memberi pujian
Biarlah mahal memberi kejian.
Jangan dengki kehebatan orang
Insaf sedar jika diri yang kurang.
Di sini mengakui sungguh sukar.
Apa guna kita berbudi
Jika orang tidak sudi.
Jika orang tidak mahu
Buat sahaja tidak tahu.
Segala keistemewaan pemberian
Tuhan
Jika ditarik tiada upaya menahan.
Akui bijaksini aduhai teman
Tanda penghargaan insan budiman.
Wallahu alam.
Mohd Sidek bin Mohd Dollah
Lautan kasih berpantai sayang, 2010
No comments:
Post a Comment