Saturday, March 1, 2014

Munajat Ya Al-Barr

Yang Maha Dermawan

Ya Allah
bacaan apa pun yang kami baca
dan Engkau sucikan
sembahyang apa pun yang kami kerjakan
dan Engkau terima
zakat dan sedekah apa pun yang kami keluarkan
dan Engkau sucikan dan kembangkan
amal solih apa pun yang kami kerjakan
dan engkau redai

Mohon kiranya ganjaran
bagi kedua-dua orang tua kami
lebih besar daripada ganjaran
yang Engkau berikan pada kami
bahagian mereka lebih banyak
daripada yang Engkau limpahkan pada kami
serta perolehan mereka lebih berlipat ganda
daripada perolehan kami
kerana Engkau ya Allah
berwasiat pada kami supaya kami berbakti pada mereka
dan memerintahkan kami bersyukur
sedangkan Engkau lebih utama melakukan kebajikan
daripada semua makhluk yang berbuat kebajikn
serta lebih wajar memberi
dari siapa pun yang diperintah memberi.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment