1. Gunakan segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan
Allah. Namun jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih
bantuanNya. Kekuatan kita, hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah. Dengan
kelemahan itulah kita akan diberi kekuatan oleh Allah untuk mendapat
bantuanNya. Hakikatnya, kita mesti dibantu untuk mendapat bantuanNya.
2. Hedonisme akan sentiasa digunakan untuk membunuh idealism.
Namun tidak selamanya remaja akan tertipu dengan kebatilan bersalut kemanisan.
Insya-Allah, kebenaran yang pahit akan bangkit, kerana ramai yang telah
menyedari diri semakin sakit.
3. Jika benar ingin menjaga nama Allah…tegakkan hukumNya
dalam diri keluarga dan negara!
4. Umat Islam laksana satui jasad. Menyakiti hati mereka
seperti menyakiti hati sendiri. Lalu kita tertanya-tanya, apakah kita muslim
jika masih tega menyeksa anggota tubuh kita sendiri.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment